Monday, December 24, 2012

Senarai Baharu Pemain Bolasepak Johor Bagi Musim 2013

Perghh!!.. Kini Liga Perdana dan Liga Super Malaysia akan datang bakal menjadi tarikan buat pasukan Johor yang telah membuat satu rombakan baharu dan satu nafas baharu. Mungkin ini menjadi hadiah buat rakyat Johor yang bakal menjadi bahan penarik media bagi liputan Bola sepak Malaysia.

Mana taknya. Ramai pemain ternama Malaysia dan popular Malaysia bakal telah berjaya berhijrah ke pasukan Johor.

Perkara ini telah pun menjadi satu usaha dan impian dari Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi menaikkan martabat negeri Johor dalam arena Bolasepak Johor itu sendiri.

Yap Korang mungkin terkejut bila melihat gambar gambar ini. Mungkin sebelum ini hanya bayangan, tetapi kini ia telah pun menjadi kenyataan.







Inilah pasukan baharu yang telah diserap ke Pasukan Johor setakat ini :
  • Pemain Pertahanan – Azmi Muslim, Aidil Zafuan, Muslim Ahmad
  • Pemain Tengah – Nurul Azwan Roya, Safiq Rahim, Zaquan Adha
  • Penyerang – Daniel Guiza, Norshahrul Idlan Talaha
  • Penjaga Gol - Sedang menjadi tanda tanya.
Rupanya Kelantan telah pun kehilangan tonggak utamanya seperti Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha. Akan tetapi, Kelantan juga dalam masa yang sama telah merombak beberapa pemain baharu yang hebat dan bakal memberi kejutan juga dalam Bolasepak akan datang antaranya : K. Nanthakumar, Izuan Solahuddin, Faiz Subri, Aris Zaidi,Tuan Faim dan import baharu mereka iaitu Keitha Mandjou dari Guinea. Selamat berjuang!!

sumber : carigold - zanaa

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com