Monday, October 15, 2012

Senarai Skim Pelaburan Emas Yang Disekat Bank Negara

Hangat diperkatakan kini yang mana banyak syarikat atau pelaburan secara berkumpulan yang telah di kesan oleh Bank Negara Malaysia yang tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Aku tak pasti apa prosedurnya. Info dari Bank Negara, skim pelaburan ini disekat kerana :



Bagaimanakah untuk mengenalpasti skim tidak sah?

Orang ramai dinasihati untuk berwaspada dan tidak terpedaya dengan skim tersebut. Sentiasa berhati-hati dan perhatikan ciri-ciri lazim yang terdapat pada skim ini seperti yang berikut:
  • Pengendali mungkin berhubung melalui surat, telefon, Internet atau secara bersemuka, namun niatnya tetap sama iaitu mendapatkan wang daripada mangsa yang tidak menaruh syak wasangka untuk barangan atau perkhidmatan yang sememangnya tidak akan disediakan.
  • Skim yang menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang jauh lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen untuk wang deposit mereka.
  • Janji pulangan yang tinggi adalah bertujuan untuk menarik minat orang ramai supaya menyertai skim ini dan pelabur mungkin tidak diberikan sebarang salinan dokumen termasuk perjanjian dengan pengendali tersebut.
  • Tiada jaminan bahawa pengendali dapat terus memberikan pulangan yang tinggi.
  • Pada permulaan skim ini, pengendali akan menggunakan wang yang diterima daripada pendeposit baharu untuk memberikan pulangan tinggi atau membayar semula amaun prinsipal kepada pendeposit lama.
  • Walau bagaimanapun, pengendali tidak dapat melaburkan deposit dalam usaha niaga atau pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang sama atau yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, pengendali tidak dapat mengekalkan pulangan yang tinggi atau membayar semula wang pelabur seperti yang dijanjikan.
Sila ambil perhatian bahawa skim ini akhirnya akan gagal apabila pengendali tersebut tidak menerima deposit baharu secara berterusan. Pada masa itu, skim cepat kaya ini akan gagal dan pendeposit atau pelabur akan kehilangan wang pelaburan mereka.

Tapi telah ramai yang merungut supaya modal mereka dikembalikan semula.Ini kerana ada sesetengah pelabur yang masih belum sempat menerima keuntungan dan menerima modal kembali.

Untuk pengetahuan semua, di sini aku sediakan link dari Bank Negara yang telah dikeluarkan sebagai maklumat kepada orang ramai:

SENARAI SYARIKAT PELABURAN EMAS YANG TIDAK DIBENARKAN OLEH BNM 

sumber : http://www.bnm.gov.my



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com