Friday, October 5, 2012

Mohon Bantuan Kepada Pesakit Mohd Noor Abd Majid

Assalamualaikum w.b.t..

Ini adalah berita yang sangat menyedihkan dengan berita yang menimpa ke atas En. Mohd Noor yang kini sedang terlantar di Wad Pembedahan Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZ) akibat Lumpuh kerana terjatuh semasa pembinaan sebuah garaj. Beliau yang ditemani isterinya Laila yang kini memerlukan bantuan orang ramai untuk mananggung kos Pembedahan suaminya yang dikatakan mencecah RM15,000 bertujuan untuk menyambung tulang lehernya yang patah.



Berita dari Harian Metro semalam yang bertajuk "Suami Derita Jatuh Garaj" adalah sangat mengejutkan buat keluarganya yang tinggal di Kampung Kebor Air, Manir. Artikel ini aku tuliskan kerana aku juga ada kena mengena pertalian keluarga dengan Laila. Isteri aku sendiri dengan Laila adalah Sepupu.

Perkara ini terjadi semasa Mohd Noor sedang membaiki dan membina sebuah garaj di Kg.Chendering dengan dibantu 3 rakannya yang lain.

Mereka juga mempunyai seorang anak berumur 2 tahun iaitu Muhammad Aizat Afiq.

Diharapkan mereka dapat dibantu segera kerana dengan pendapatan mereka tidaklah mampu untuk ditanggungnya.

Kepada pihak yang sudi membantu bolehlah menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) ayah kepada Laila : Akaun bank ini adalah permintaan dari Puan Laila, Isteri Kepada Pesakit. Mohon Untuk Dibantu. 

Nama Akaun : MUHAMAD BIN EMBONG
No. Akuan BSN : 1110329811152838

Berita yang pernah dikeluarkan Harian Metro Pada Khamis, 4 oktober 2012. ( Klik pada gambar untuk kejelasan dan besarkan)

Dengan bantuan yang diterima sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan beban yang ditanggung dan rawatan susulan seterusnya nanti.

Nama Akaun : MUHAMAD BIN EMBONG
No. Akuan BSN : 1110329811152838

Ya Allah, sembuhkanlah atau kurangkanlah kesakitan yang dialaminya...

Updated : 12 November 2012 :
Setelah Hampir sebulan lebih Arwah En. Mohd Noor bertarung nyawa menanggung kesakitan dan kecederaan yang dialaminya, Saya diberitahu dan dimaklumkan Arwah sudah meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZ) pada jam 3 pagi, 12 November 2012. Sama-samalah kita doakan semoga Roh Arwah berada dikalangan orang-orang yang beriman. Al- Fatihah..........

sumber : harian metro & keluarga

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com