Tuesday, August 14, 2012

Malaysiakini.com buat bantahan akta 114A

Perghhhh!!!

Sedang aku saja-saja nak baca info di Malaysiakini.com aku dikejutkan dengan home pagenya yang sangat pelik. Aku ingatkan salah masuk website. rupa-rupanya mereka sedang melakukan hari bantahan untuk memasnsuhkan akta seksyen 114A oleh administrator website dan Centre for Independent Journalism (CIJ).



Selain Malaysiakini juga ada lagi website-website lain seperti tranungkite.net dan detikdaily.net. Mungkin juga ada beberapa lagi website dan NGO lain yang tidak bersetuju dengan akta ini dan mereka menggunakan page ini sebagai tanda bantah.

Boleh dikatakan aku hari-hari baca website-website ini kerana ia banyak berita-berita dan info-info terkini terutamanya berita dalam negara.

Bagi anda untuk ketahui apa itu Akta seksyen 114A ini adalah :

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Keterangan 1950 (“Akta 56”).

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 3 Akta 56 untuk menyelaraskan takrif “komputer” dengan takrif “komputer” dalam Akta Jenayah Komputer 1997.

Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 114A ke dalam Akta 56 untuk mengadakan peruntukan bagi anggapan fakta dalam penyiaran untuk memudahkan pengenalan dan pembuktian identiti seseorang yang namanya tidak diketahui yang terlibat dalam penyiaran melalui internet.

Bawah ni homepage mereka pada hari ini (14 ogos 2012)  :



Bagaimana dengan korang admin-admin semua? nak join x dengan bantahan ini? Kempen ini bertujuan untuk memberi kebebasan kepada semua orang dalam berinternet dalam memberi info-info yang belum tentu ada di dalam suratkhabar yang ada di Malaysia ini. Internet adalah saluran tambahan maklumat yang tersedia ada.

fikir-fikirkan...




1 comment:

fairus said...

BERANI TULIS, BERANI TANGGUNG.. SENANG CERITA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com