"Peperangan Nuklear, Kekurangan Makanan, Wabak Virus dan keruntuhan ekonomi diramal berlaku pada 2012. Penyelidik turut menyenaraikan 14 lagi perkara lain turut diramalkan."
Itulah ayat di tajuk besar bahgian Ekspresi Harian Metro yang boleh menjadi tanda tanya pembaca sama ada benda ni semua benar-benar akan berlaku atau tidak.
Mmmm, tapi apa yang 18 perkara tu? Di sini aku senaraikan :
- Kekurangan bahan logan nadir bumi (REM)
- Ganguan bekalan makanan di Barat
- Jangkitan Kuman yang alami evolusi mula berleluasa akibat kegagalan kakitangan hospital menjaga kebersihan tangan.
- Bukti mendedahkan penggunaan vaksin yang menyebabkan tindakan balas tidak wajar pada badan seseorang.
- Grid tenaga AS hadapi kegagalan besar. AS akan mengalami kegelapan selama 72 jam dan bakal menjadikan suasana panik.
- Kerosakan satelit. Menyebabkan ganguan menyeluruh perkhidmatan telekomunikasi seperti agensi penguatkuasa dan perkhidmatan kecemasan.
- Pengubahsuaian genetik DNA mencetuskan krisis seperti kerosakan kepada organ dalaman.
- Kerosakan lebah madu mengancam spesis lain.
- Pola cuaca berubah, banyak berlaku banjir, gempa bumi,kemarau, gelombang panas dan salji tebal.
- Permintaan tenaga nuklear global meningkat menyebabkan lebih banyak loji nuklear diluluskan untuk pembinaan.
- Senjata nuklear digunakan di timur tengah. Perang antara Iran dan Israel.
- Penyusutan nilai dolar AS dan dijangkakan AS berdepan dengan hutang yang lebih besar.
- Disebabkan isu semula jadi(gas galian) AS bakal bergolak dengan China.
- Pengeluar ubat-ubatan melakukan penipuan, rasuah penyelidik, memalsukan ujian klinikal atau menyembunyikan keputusan kajian tidak digemari.
- China melancarkan serangan elektronik ke atas barat.
- Kewujudan propaganda keganasan yang melibatkan AS.
- Cubaan baru memusnahkan kebebasan internet.
- Tahap kesuburan menurun dan menjangkakan kelahiran manusia semakin merosot.
No comments:
Post a Comment