Thursday, May 19, 2011

Hati-hati, buah tembikai boleh meletup..

Pelik dan tak logik dengar tajuk post aku kali ni kan? Hakikatnya ia benar-benar terjadi di sebuah wilayah besar Beijing,China.

Kejadian yang berlaku semalam telah dilaporkan ke berita seluruh dunia tentang kejadian pelik ini termasuk dalam Metro Harian hari ini di Malaysia. Bukan kerana bom yang manusia buat, tetapi ia hasil dari penggunaan bahan kimia yang berlebihan oleh petani di situ dan dikatakan sudah menjangkau sebanyak 100 biji tembikai telah meletup.

Letupan itu dijangka lebih dari itu kerana sebanyak 120 ekar telah menampakkan hasilnya di tanaman tersebut dan boleh mengakibatkan ia meletup bila-bila masa sahaja. Seorang petani yang memberitahu pemberita, dia telah mengaku menggunakan bahan kimia itu dalam 3 hektar kawasan tanamannya dan dua pertiga hasil tanamannya musnah. Kenyataan ini telah dibuat oleh seorang petani bernama Liu Mingsuo kepada Stesen Televisyen Kerajaan, Televisyen Pusat China (CCTV) dalam laporan yang disiarkan, semalam.

(gambar yang menunjukkan tembikai yang sudah rosak)

(gambar yang sempat dirakam ketika letupan tembikai tersebut)

Bahan kimia yang dikatakan itu adalah berjenis forchlorfenuron. Dalam masa yang sama juga setengah berita ada yang melaporkan letupan tembikai tersebut adalah akibat cuaca panas yang sedang melanda Beijing.

Pelik tapi benar..

Aku dah rasa nak stop dululah untuk beli tembikai ni.. bahaya tul.. bayangkan kalau benda ni dan masuk dalam perut kita....ushhh, dasyat-dasyat.

"Dunia memang penuh dengan warna-warni kehidupan"

7 comments:

ANDAIANNYA said...

Kalo manusia yang makan tembikai 2..agak2 akan meletup mcm tembikai 2 juga x???

alien said...

bom tembikai
em, alat baru dalam peperangan kot

feyus said...

MIss Normala: hehehe susah nk jawab tuh..rasanya takdela smpai meletup cuma bawa penyakit kot.

alien: boleh jd jugak untuk buat bom perang nih.:) idea bernas.:)

Unknown said...

takutnye nk mkn tembikai..

Unknown said...

haaa tu la asek pikir nak untung aje..kang dah rugi besar kan..kan..kan..

arituarini said...

cuak aku tengok bro..nnt diaorg bawak tmbikai ni g beperang ni...

ayen said...

betul ke kalau minum air tembikai cmpur madu perut boleh meletup ? tringat ade member ckp tp xpnah amek pusing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com