Tuesday, May 10, 2011

Gula naik 20 sen...Gaji bila nak naik?

Ushhh... kenapala barang-barang runcit ni naik. tapi dalam masa yang sama gaji tak naik2. Ini satu perkara yang perlu diselaraskan. Walaupun 20 sen itu dianggap kecil.. tapi bila pembelian berterusan ia boleh memberi kesan kepada ekonomi rakyat.

Aku terdengar berita semalam berkenaan kenaikan harga gula ni yang menjadikan harga terkini sebanyak RM2.30 sekilogram. Dan berita tersebut membandingkan harga gula dinegara lain. Ushhhh, kenapa nak banding2kan pula. Negara kita negara kitalah...

Aku harap kerajaan mempertimbangkan kenaikan gaji bagi menyelaraskan dengan kenaikan harga barang. Juga saya mohon kerajaan mempertimbangkan juga usul-usul yang telah dibawa CUEPACS. Ini perlu jika mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Kalau tiada kenaikan gaji.....harga barang pula naik. Ini memberi kesan yang tidak seimbang.

Aku juga berharap dalam mesyuarat Ahli Majlis Ekonomi Negara turut diwakili wakil dari CUEPACS supaya perkara-perkara berbangkit dapat diperjelaskan secara adil.

Baru-baru ni minyak petrol RON97 juga menerima kesan kenaikan harga sebanyak 20 sen seliter. Tak lama lagi RON95 lah pula menerima kenaikan harga kot?

Apapun.. ini satu cadangan yang mewakili suara rakyat Malaysia....ushhh, ayat power nih.:)

Fikir-fikirkan....

5 comments:

Unknown said...

rakyat makin lama dihimpit dengan kenaikan barang..tp gaji xpernah pun nak naik selari dengan kenaikan harga barang..

ANDAIANNYA said...

kalo gaji naik...barang2 yang lain juga mesti akan mendadak naik juga...kesannye lebih kepada orang yang bukan kerja ngan kerajaan...
Time aku nak buat kenduri time ni la gula nak naik..huh

sarah mohamad said...

biasa lah. sekarang pun semua nak naik. kesan nya tentu lah kepada rakyat.

feyus said...

Sarah- Yap...perlu ada pelarasan gaji semula.

Miss Normala-Nanti minta sponsor dari syarikat gula ye.:)

Sarah Mohammad-dgn orang-orang pun naik.:)

Kama Irahsa said...

ala.. gula naik 20sen rasanya takde la membebankn sgt. berbanding petrol. itupun petrol ron97 yg selalu naik.

sebagai individu, rasanya kita beli gula, boleh tahan satu bulan kot. atau setengah bulan. sebagai seorang yang pernah disyaki menghidap kencing manis, aku tau dah bahaya gula. so, kenaikan ni biasa2 jer bagi aku.

takde lagi org mati sbb tak mkn gula. tp, byk org yg mati, kena potong kaki sbb amik byk sgt gula. fikir2kan. hehe..

bkn setuju sgt kerajaan naikkn harga gula ni. tp, kenaikan 20sen ni tak sepatutnya jd alasan untuk peniaga buat untung. takkan gula naik 20sen sekilo, takkan la teh o ais kena naik 20 sen jugak? 1kilo gula tu boleh guna untuk buat berapa byk teh o agaknya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com