Thursday, April 14, 2011

Harga Emas Dunia Semakin Meningkat

Hari ni aku terbaca dari akhbar kosmo, manakan tidak, sememangnya tidak pelik jika harga emas tidak turun2, Sesiapa yang nak kan beli emas tu, jangan mimpilah nak tunggu harga emas turun dan turun lagi. Kalau nak, beli sekarang. Aku rasa inilah nasihat yang paling sesuai bila keadaan sekarang ini meruncing.

Aku pernah dengar, orang kata: Jika ekonomi dunia merudum, maka harga emas akan naik? betul ke? Tapi janganlah dikisah akan hal ni, yang aku tahu ekonomi stabil ke tak ke...harga emas takkan turun dan ia akan terus menerus naik.
Bayangkan...dijangka pada tahun ini harga emas akan naik menjadi AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram). Ini bermakna 1 gram lebih kurang RM171. Ushh, begitu cepat naik sedangkan yang aku tahu tahun lepas 2010 baru je RM135 untuk 1 gram.

Kini, nak tak nak..orang terpaksa beli jua untuk simpanan masa hadapan. Bagi orang...memanglah boleh membeli begitu banyak emas. Tetapi apa cerita dengan orang yang tidak kemampuan memiliki emas? Oleh sebab itulah, Islam itu adil..Islam mewujudkan sistem Zakat. Bayangkanlah jika zakat tiada? Memang kucarkacir dunia ni...manakan tidak, ia akan menjadikan situasi dunia menkastakan manusia. yap..nak tahu kasta itu apa? Kesannya, ia boleh menkayakan lagi orang yang kaya, manakala orang yang miskin semakin miskin dan mudah untuk ditindas dan diperhambakan. Sungguh, Allah itu maha mengetahui atas segala sesuatu.

Oleh itu, bagi sesiapa yang memiliki emas yang melebihi..Jangan lupa bayar zakat emas ye?:) aku tidak berapa pandai untuk mengulas tahap berapa yang perlu dibayar zakat, tetapi bolehlah kita merujuk kepada golongan ulamak dan ustaz-ustaz yang ada.

Ushhh, Emas oh emas...

3 comments:

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Emas naik harga lagi ke..baru ahad lepas Jamal g beli cincin emas tuk buat merisik..hehe

Harga 1 gram emas 999 kalo x silap dah RM166 rasenye dan 1 gram Emas 916 RM157..

feyus said...

Ush,, kene beli cepat2 nih?:)nak kahwin dah ke bro? Tahniah!!!.Nanti jgn lp anta kad kahwin.:)

aza said...

isk2..harga emas naek??
nsb baik la aza jnis xska bnda2 cmni..
pelikkan??

salam ukhuwah..
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com