Thursday, January 13, 2011

Hati-hati dengan mesej promosi ini

Hari Jumaat lalu aku telah menerima satu mesej dari henset aku. Mengatakan yang aku telah memenangi hadiah sebanyak Rm19,000. Mesejnya berbunyi :

RM0. Promotion's Tahniah sim kad Anda Tlh Meraih Hadiah Percuma "RM 19,000.00" dari SHELL HELIX No Pin(552299) Sila Call di Talian 0178949116 www.shell.com

Mesej ini aku taip sepenuhnya dari Inbox mesej henset aku.
Aku was-was dengan promosi ini kerana aku tidak pernah menyertai apa-apa peraduan di shell. Semalam aku telah emelkan akan hal ini kepada pihak Shell.com untuk pastikan samaada perkara ini benar atau tidak?
Ini soalan aku kepada pihak shell yang sebenar :

"saya ada menerima satu mesej dari no 0198096645 yg mengatakan saya telah >berjaya meraih hadiah percuma RM19000. promosi SIM KAD. Kemudian dia bagi no >telefon tertentu untuk maklumbalas seterusnya atau menyatakan laman web rujukan >www.shell.com. Apa yang memushkilkan saya adakah mesej ini benar atau tidak? >harap-harap pihak shell dapat mengesahkan akan mesej yang saya dapat ini."

So, tidak sampai 10 minit emel aku ini dibalas dan berbunyi begini :

(klik gambar diatas untuk kejelasan)
On Wed, 12 Jan 2011 03:03:59 +0100 you wrote:
Selamat Sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi Shell berkaitan isu khidmat pesanan ringkas yang melibatkan nama Shell. Untuk pengetahuan anda, Shell tidak akan menghantar sebarang pesanan melalui khidmat pesanan ringkas kepada pemenang. Semua pemenang akan dihubungi melalui telefon dan kami tidak memerlukan pelanggan/pemenang untuk memberitahu nombor akaun anda. Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh anda adalah satu penipuan dan untuk pengesahan anda boleh layari laman web Shell di www.shell.com.my Sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Shell di talian 1-300-88-1808 untuk keterangan lebih lanjut. Terima Kasih, Shell Malaysia Trading Bhd.

Nasib baik aku tidak call penipu ni. Kalau tak tak tau apa jadi. Aku tidak pasti dieorang nak tipu macamana,mungkin dieorang cuba nak sedup topup yang ada dalam sim kad aku atau tak tahulah. Apa yang pasti perkara ini tidak benar dan cuba untuk menipu kita.

Harap korang pun berhati-hati jika dapat apa-apa mesej dari no yang tidak dikenali.
Sebolehnya rujuklah dulu pihak yang sebenarnya untuk mengesahkan sesuatu itu betul atau tidak.

6 comments:

• Stephanie C • said...

I never ever bother these kind of messages ^^

Vincci said...

i received before n look like cheating one

~AiMi SyAhiRAh~ said...

em i was also got messages like this but didn't bother about it. Dalam zaman kemajuan teknologi skrg ni mcm2 org wat utk dptkan keuntungan melalui penipuan. Carefull k.:)

oktant said...

Macam-macam bentuk penipuan skrg ni, kan? Nasib baik saudara tanya pihak shell dulu.

amry said...

aku memang tak percaya kaau ada msg2 yang macam ni masuk inbox aku. pernah gak dapat dari power root. minum pon tak pernah, tetiba dapat hadiah...

Anonymous said...

sy juga mnerima sms yg sama dari nombor ni, 0138942314.. jadi berhati-hatilah anda dengan nombor ni. jagan dilayan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com