Tuesday, December 14, 2010

10 Bandar Terkotor Dunia

Pada 9 disember 2010 lalu aku lagi sekali menerima emel dari seorang pensyarah yang menyatakan hal-hal ini.

10 Bandar terkotor di dunia memberi mesej kepada kita betapa pentingnya kebersihan dalam sesebuah tempat kehidupan kita. Senarai 10 bandar terkotor ini telah dikeluarkan oleh Mercer Human Resouce Consulting Worldwide Health and Sanitation, perkiraan ini diambil dari segi tahap pencemaran udara, pengurusan sisa, kebersihan air, perkhidmatan rumah sakit,ubat-ubatan dan penyakit berjangkit. Jadi, oleh itu jagalah kebersihan bandar kita sebelum ia tersenarai dibawah :

10) Dar es Salaam, Tanzania
Index Score : 40.4


9)N'Djamena, Chad
Index Score : 39.7

8) Brazzaville, Congo
Index Score : 39.1

7) Baghdad, Iraq
Index Score : 39

6) Mumbai, India
Index Score : 38.2

5) Addis Ababa,Ethiopia
Index Score : 37.9

4) Mexico City,Mexico
Index Score : 37.7

3)Port Au Prince, Haiti
Index Score :34

2)Antananarivo, Madagascar
Index Score : 30.1

1) Dhaka, Bangladesh
Index Score : 29.6


Dhaka, Bangladesh adalah antara bandar yang paling kotor. Ini kerana pencemaran air yang besar akibat penggunaan racun perosak komersial yang tidak terkawal. Pertambahan penduduk yang tinggi di bandar itu seramai 150 juta orang di daerah itu juga menyukarkan lagi pengawalan secara sistematik.

Bagaimana dengan Kuala Lumpur, Malaysia? Alhamdulillah, ia masih lagi terkawal dan bersih. So, jagalah kebersihan bandar kita. Jangan biarkan pencemaran berlaku.

"Cegah lebih baik daripada berubat"
"Sungguh, Dunia ini penuh dengan warna-warni kehidupan"

*Terima kasih pada penghantar emel ini iaitu pensyarah Prof. Madya Mat rofa.

1 comment:

Ai Yu said...

menjaga kebersihan tu penting.....kalau kotor kesihatan pn akan terganggu....kesian nyer pd rakyat2 di sana...hidup dlm pencemaran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com