Friday, November 26, 2010

Jom Ke Ekspo MAHA 2010

Dekat je ekspo ni dengan rumah aku, boleh pergi setiap hari nih. Ini adalah antara ekspo terbesar Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani serta dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA.

Pagi tadi aku dah tengok persiapan rapi yang sgt2 hebat yang pernah dianjurkan di Malaysia. Ekspo ni bertujuan memperkenalkan produk Agro dan pemakanan terbaik Malaysia. Dengar khabarnya lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian..uhsss, bayangkan..banyak tu.:)

Ekspo ni bermula pada hari ini 26hb - 5 Disember 2010. Bermula jam 10 pg hingga 10 mlm. bertempat MAEPS, Serdang, Selangor.
(klik gambar ini untuk kejelasan maklumat edaran MAHA 2010)

Aku dapat rasakan korang akan terhibur dan mendapat kepuasan bila pergi kat sini. Apa yang ditunggukan lagi, jom bawak anak-anak,ibu2, bapak2 ke Ekspo terbesar ini.

"Sungguh, Dunia memang penuh dengan warna-warni kehidupan"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com