Berputik bunga mawar di hujung pucuk
Gugurnya sebelum mekar berkembang
Bagaikan aku di medan uhud
Tewas setelah di awal kemenangan…
Persiapan ini aku sangka kukuh
Namun ternyata perasaan ini masih ampuh
Mungkin semangat berkobar hebat
Tapi aku tersasar matlamat
Masa yang terluang itu umpama ‘ghanimah’
-harta rampasan perang-
Aku buang pesanan sang murabbi yang diamanah
“jangan tinggalkan perjuangan ini
Dalam senang ataupun payah”
Hingga kealpaan itu membuka ruang
Musuh menempur benteng dari belakang
Dan aku kecundang…
Aku tidak sebijak junjungan besar Muhamad saw
Menyusun tadbir
Di balik debu uhud yang kucar kacir
Aku tidak setega Qatadah
Melindungi wajah nabi dari anak panah
Hingga terkena mata sendiri yang ditadah
Terkeluar ke pipi pun tetap gagah
Aku tidak semampu Hanzalah
Pengantin baru di ambang bahagia
Pun belum bersih di malam pertama
Ke medan uhud perjuangkan agama
Dan syahidnya basah dimandikan malaikat
Sedang aku mudah lalai dipagut nikmat…
Aku tak sehebat penghulu para syuhada di syurga
‘Singa Allah’ Hamzah ditusuk tombak tajam
Dilempar si pengecut Wahsyi secara sembunyi
menembus perut memburai usus
tapi masih cuba berdiri mengejar musuh
sebelum rebah syahid di medan uhud…
yang pasti…
aku masih hidup
untuk terus perjuangkan uhud
mahu jadi Amru ibn Tsabit
syahid kerana islam dijunjung
bukan Quzman
berperang kerana membela kaum
perjuangan aku ini bukan semata
buat diri dan keluarga
perjuangan aku ini untuk islam dan semua…
terima kasih Tuhan
menguji dengan kekalahan
agar aku belajar
dari UHUD…
BERJUANG AKU AKAN TERUS BERJUANG-IBN MUHAMAD
“JIKAPUN BAGINDA TELAH TIADA
DIA TELAH MENYAMPAIKAN AMANAT
MAKA BERJUANGLAH DEMI AGAMA TERCINTA”-ANSHAR
JANGAN TINGGALKAN BUKIT UHUD SAMA ADA
KALAH ATAU PUN MENANG!!!!
mekasih buat family...sahabat2 ariff..bunyamin,faiz,akhi muhamad,akhi awang,akromi,redho,akhi amzar,akhi fikri,akhi nizam,akhi najib,akhi naim,akhi afiz,akhi azlan,haafiz kadir,mughti,najib..kerana sudi menasihati ana dalam menghadapi situasi ini..ana tak kuat..lagi2 bila melibatkan soal famili..doakan sahaja segala urusan kita dipermudahkan Allah..ana sayang jalan ini...
Terima kasih pd En.Ariff kerana sudi hantar karya ini untuk dikongsi.
Karya& sumber : Ariff Islam
No comments:
Post a Comment