Tuesday, September 21, 2010

Hikmah puasa 6 hari Syawal

Ramadhan sudah pun berlalu, di Syawal ini marilah kita sama2 mengambil peluang yg Allah berikan kepada kita yg mana begitu besar hikmah dan pahalanya. Antara hikmah disebalik berpuasa 6 hari dibulan Syawal ini kita mendapat pahala seperti berpuasa selama satu tahun. Seperti yang dinyatakan dalam hadis :

“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” Hadith dari Riwayat Muslim.


Terdapat beberapa manfaat dalam 6 hari puasa syawal antaranya :

1) Ia menjadikan pelengkap puasa yg telah dilakukan di bulan Ramadhan menjadikannya pahala selama setahun.

2) Melengkapkan puasa-puasa fardhu yang mungkin terdapat kekurangan. Dengan puasa 6 hari ini ia boleh menambah baik.

3) Menjadikan sistem pencernaan dalam perut lebih konsisten dan baik setelah terlalu banyak makan ketika sambutan 1 syawal. Maka berpuasa membolehkan ia membaik pulih sistem pencernaan badan.

4) Membiasakan diri dengan menahan lapar dan dahaga berterusan selain ia boleh mendekatkan lagi hubungan kita dengan Allah S.W.T.

5) Tanda kita sangat-sangat bersyukur dengan nikmat Allah berikan kepada kita. Kita juga perlu mengingati bagaimana orang-orang yang kebuluran di sana dan ditimpa pelbagai penyakit sedangkan kita sihat di sini dan sentiasa cukup makan.

6) Dapat mengawal kehendak nafsu yang keterlaluan. Puasa mengajar kita erti kesabaran dan tidak melakukan maksiat.

7) Banyak lagi hikmah disebaliknya. Allah sentiasa melihat kita dan mendengar apa dilakukan walaupun ia hanya sebesar zarah.

Apa lagi kawan-kawan, jom kita sama-sama puasa 6 hari dlm bulan syawal ini, jangan kita lepaskan peluang ini. Hari ini baru 12 syawal 1431 H. masih sempat lagi.. Aku baru sahaja memulakannya hari ini. :)

Selamat berpuasa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com