Digelar sebagai malam seribu malam bermaksud amalan yang dilakukan pada malam tersebut bersamaan dengan pahala ibadat selama 1000 bulan yakni 83 tahun, setengah pendapat mengatakan bersamaan sebanyak 90 tahun.
Malam Lailatul Qadar ini diadakan Allah di dalam bulan Ramadhan kerana keberkatan di dalam bulan tersebut. Juga memberikan kedudukan tinggi di sisi Allah S.W.T. Allah juga mengkhabarkan kepada kita bahawasanya para Malaikat akan turun ke bumi.
Ramai pendapat2 ulamak mengatakan Malam Lailatul Qadar diturunkan pada hari ke 21,23,25,27 atau 29 dalam bulan Ramadhan iaitu hari yang berangka ganjil. Selain itu, terdapat hadis nabi dari Aisyah mengatakan bahawa malam tersebut turun pada malam 10 hari terakhir Ramadhan berdasarkan ayat "Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan".
Allah S.W.T ada berfirman :
"Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada malam yang berkat dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan semua urusan yang penuh hikmah, iaitu urusan yang besar di sisi Kami".
(Surah Al-Dukhan: Ayat 3-4)
Terdapat tanda-tanda pada malam Lailatul Qadar, antaranya :
1. Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء
"Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan."
(HR. Ath Thoyalisi.Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh/terpercaya).
2. Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelazatan dalam beribadah, yang tidak terdapat pada hari-hari yang lain.
3. Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebahagian sahabat.
4. Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, "Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik."
(HR. Muslim) (Lihat Shohih Fiqh Sunnah II/149-150).
5. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).
Sungguh, jika manusia ini tahu akan kenikmatan dan kelebihan sebenar pada malam tersebut ia pasti akan menjadi rebutan. Akan tetapi pada sesiapa yang mengendahkannya dan tidak merasai kelebihannya itu ia amat rugi dan melepaskan peluang malam tersebut begitu sahaja tanpa merasa apa2 dari nikmat yang Allah janjikan kepada kita.
Semoga kita sama-sama terus dan melebihkan ibadat pada malam yang dijangka malam Lailatulqadar kerana peluangnya kita tidak tahu bila lagi kita dapat berjumpanya kerana pada tahun hadapan kita belum tentu bertemu lagi Ramadhan.
Oleh hal yang demikian, janganlah kita terlalu asyik pada malam2 terakhir Ramadhan dengan memikirkan persiapan untuk sambut hari raya sahaja kerana dibimbangi, Ibadah sebenar yang patut kita menjiwainya dan merasainya dalam bulan Ramadhan ini tidak dapat dirasai kerana Nabi Muhammad kita pada malam-malam terkahir Nabi kita melebihkan ibadahnya dan Nabi akan bersedih ketika mana bulan Ramadhan sudah pun berakhir.
Hari Raya adalah satu perkara yang penuh dengan kehendak nafsu semata-mata sehingga kadang-kadang ada yang sanggup menghabiskan duit begitu banyak dan terlalu ayik mencari pakaian, kuih muih dan sebagainya sehingga kita lupa bahawa Ramadhan yang penuh dengan kebaikan dan kemaafan sudah menghampiri saat-saat akhirnya.
Marilah kita merebut peluang bulan yang mulia ini, Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita terdahulu..
Amin...
Sebelum nk habis baca artikel ini,
Marilah kita sama-sama menghayati lirik dan lagu Raihan ini :
No comments:
Post a Comment