Wednesday, August 4, 2010

Ku menunggumu Ramadhan yang penuh Rahmat

Dalam sedar dan tak sedar, kita sudah dihampiri tibanya saat kerahmatan bulan yg penuh keberkatan dan antara bulan yg terbaik dari bulan-bulan yg lain. Datangnya dijangka pada 11 hb ogos 2010 (bersamaan 1 Ramadhan)di Malaysia sebagai satu penantian yg sgt ku nanti2kan.

Ku rindu untuk solat terawih, berbuka puasa beramai2,menahan makan dan minum dari terbitnya fajar matahari hinggalah terbenamnya matahari sgt2 menguji ketabahan dan kesabaranku dan keluargaku.


Allah menyelit pelbagai hikmah di bulan ini kerana amalan-amalan yg dilakukan penuh dengan kerahmatan dan keampunan dari Allah S.W.T.

Subahanallah, maha suci Allah yg maha agong, ku amat bersyukur dengan apa yg telah diberikanMu ya Allah.

Ditahun 2010 ini, terciptanya sejarah yg sgt kunanti2kan dgn penuh debaran diwaktu kelahirannya. Engkau telah memberikanku seorang cahaya mata yg sgt comel lalu mengembirakan dan menjadi pelengkap hidupku dengan senyuman anak kecil ku ini. Lalu airmataku keluar mengalir tanda gembira. Kini, anakku sudah berusia 4 bulan 20 hari. Ku amat bersyukur.

Anakku anugerah Allah S.W.T

Ya Allah, sempena Ramadhan ini ku mengharapkan keampunan dariMu Ya Allah untuk daku, juga anak isteriku. Ampunilah segala dosa-dosa yang telah ku lakukan. Engkau maha kuasa atas segala sesuatu Ya Allah...

"Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa"

2 comments:

Anonymous said...

Selamat menyambut ramadhan jua. Moga2 ramadhan kali ini memberi rahmat melimpah ruah kepada Sdr sekeluarga.

tQ..

http://ikhwanzaini.blogspot.com/

feyus said...

Terima kasih saudara ikhwan krn mendoakan kami sekeluarga. semoga anda jua berbahagia selalu dn murah rezeki. InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com