Thursday, July 8, 2010

Sepanyol dan Belanda bertemu ke Final...

Pagi tadi jam 2.30pg bertemu dua pasukan dikatakan gergasilah juga hehehe :):). diantara jerman dan sepanyol.

Tandukan dari Carles Puyol pemain pertahanan Sepanyol telah berjaya mengalahkan pasukan jerman dalam misi merebut piala dunia 2010 di Afrika Selatan seperti yg diketahui umum.

Gol hantaran sepakan sudut dari Xavi seterusnya kepada Carles Puyol dengan tandukan ke dalam gawang gol pada minit ke 73 telah memberi kejutan kepada jerman sehingga tamat masa perlawanan.
Keputusan 1-0 ini berterusan hingga ke akhir tamat masa kedua perlawanan.

Kekecewaan ini tergambar di wajah2 penyokong dan pemain-pemain jerman yang begitu mengharapkan pasukan mereka dapat ke Final.

Keputusan ini telah menjadikan pasukan Sepanyol menjadi kali pertama ke peringkat Final dan telah mengukir sejarah baru Sepanyol dalam merebut Piala Dunia 2010 ini.

Selepas ini kita akan lihat pertarungan sengit antara pasukan Sepanyol Dan Belanda. Pasukan manakah yang mampu merebut gelaran juara bola sepak dunia ini?Mungkinkah Sepanyol mahukan Belanda?

Tunggu dan lihat.....


2 comments:

saya_arief said...

final nanty mesti bez..
dua2 pasukan hebat.

kk said...

Dah tentu best nih..tapi 2.30 pagi nak kene lawan dengan ngantuk dululah..hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com