Monday, July 26, 2010

Selepas Saiful Apek, Yassin pula positif dadah.

Berita terbaru, seorang artis pelawak juga terkenal di era bekas ahli kumpulan senario dulu, Yassin, kini di tahan polis kerana disyaki positif dadah setelah ujian air kencing dilakukan. Dia di tahan di sebuah pusat hiburan di Sunway Pyramid di Subang Jaya pada jam sekitar 1 pagi semalam.

Dia ditahan bersama 30 orang pengunjung di pusat hiburan tersebut. Dia disyaki salah seorang telah mengambil dadah jenis ganja daripada 3 org yang ditahan akibat positif dadah.

Dia sebelum ini juga pernah di tahan oleh pihak polis kerana kes dadah jenis syabu.



Harap-harap mereka ini sedar akan akibat pengambilan dadah. Sebagai artis yang terkenal, diharapkan supaya mereka tidak lagi terjebak dalam kancah dadah berbahaya ini kerana populariti mereka dianggap menjadi tiruan sesetengah masyarakat yg menjadi peminat kepada mereka.

Adakah dengan kes-kes sebegini, artis mampu menjadi lebih terkenal ataupun artis lebih popular dengan gosip2 yg dikeluarkan pihak media?.Bagaimana pula dengan kualiti nyanyian ataupun lakonan mereka?

Juga adakah perkara sebegini, menjadi trend masa kini jika mahu lebih terkenal?

Apapun,kita sebagai manusia biasa perlu kembali ke pangkal jalan yg betul, kerana Allah yang mencipta kita...Allah jualah tempat kita kembali.

"Artis yg baik, Negara Berkualiti".
We want "Peace". :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com