Thursday, July 22, 2010

Rindu Yang Mengharap

Aku tuluskan nawaitu
merindui...
bukan semata dia yang teristimewa
aku menyintai kerana Allah
menetapkan keikhlasan di hati ini
mendambakan keredhaan Illahi
di balik kasih sayangnya yang murni...

Amirul Mukminin Abi Hafs Umar bin Khattab berkata,
"sesungguhnya amal perbuatan itu disertai dengan niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan rasul-Nya,maka hijrahnya itu menuju Allah dan rasul-Nya. Barangsiapa berhijrah kerana dunia yang ia ingini atau kerana wanita yang ia ingin nikahi,maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan"

-Hadis Riawayat Bukhari dan Muslim

Pernah di suatu ketika
dia hadir dalam hidupku
berada dekat sekali di samping
mengamit aku membelainya sepenuh prihatin
namun aku bersahaja
membiarkan ia berlalu sia-sia
dan tika ini
aku ternanti-nanti dia kembali
terlalu mengharap
aku sempat
diberi peluang untuk menebus kesilapan
sepenuh iltizam
aku akan menyayanginya sedalamnya
sebelum dia pergi lagi...

Firman Allah swt,
"sungguh,orang-orang yang menyembunyikanmapa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami jelaskan kepada manusia di dalam kitab (al-Quran), mereka itulah yang di laknat (pula) oleh mereka yang melaknat"


"kecuali mereka yang telah bertaubat,mengadakan kebaikan, dan menjelaskannya,meeka itulah yang Aku terimantaubatnya dan Aku lah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang"

-surah Al-Baqarah (2:159-160)

aku tahu
ramai yang menyeru namanya
merisik untuk dimilik
membuat aku menginsafi
rupanya tanpa aku,dia tak mengapa
lantas aku layarkan doa hampir di setiap waktu
RAMADHAN...
semoga kita kan bertemu...

Tuhan...
maafkan di atas kekhilafan
menyemarakkan cintanya Ramadhan
hanya pada yang pertama permulaan
detik-detik seterusnya mendatang
Ramadhan...kau mula beredar
bersama kasih ini yang pudar
pun aku sedar
mustahil untuk aku putar waktu ke asal
hanya di kala ini
Tuhan...ada rinndu yang mengharap
Ramadhan....hadirnya ku nanti
untuk membuktikan kasih ini
demi cinta Illahi...

"wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"
-surah al-Baqarah,(2:183)


Ditulis oleh: seorang sahabat(Ariff Islam)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com