Thursday, June 24, 2010

Mohon bonus dua bulan

ALOR GAJAH: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tetap kemukakan permohonan kepada kerajaan bagi menimbangkan pemberian bonus kepada kakitangan awam menjelang pembentangan Bajet 2011, Oktober depan.
Presidennya, Omar Osman (gambar) berkata, tahun lalu, pihaknya akur tiada bonus kepada kakitangan awam kerana ekonomi tidak menentu.


Katanya, selepas setahun keadaan ekonomi semakin pulih, Cuepacs akan buat permohonan sekali lagi.


“Kami tetap dengan permohonan mendapatkan bonus dua bulan untuk semua kakitangan awam dan berharap permohonan ini diluluskan kerajaan pada Bajet 2011 nanti,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Auditorium Bangunan Canselori, Kampus Induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dekat sini, semalam.


Hadir sama Penasihat Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi, Prof Dr Raduan Che Ros dan Presiden Persatuan Pegawai Akademik UTeM (UTeMASA), Prof Madya Dr Raja Roslan Raja Rahman.


Terdahulu, beliau menjadi ahli panel bagi forum anjuran UTeMASA sempena Mesyuarat Agung UTeMASA ketiga.


Mengulas lanjut, Omar berkata, pihaknya tetap berharap ‘berita gembira’ untuk kakitangan awam yang kali terakhir memperoleh bonus pada 2008.


“Cuepacs akan berusaha membuat permohonan itu kepada kerajaan sebelum pembentangan bajet nanti,” katanya.


Ketika ini, terdapat 206 ahli persatuan UTeMASA terdiri profesor, jurutera pengajar, pensyarah, tutor dan guru bahasa.


Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga akan membuat permohonan kepada kerajaan bagi menaikkan bantuan kemudahan pengurusan jenazah daripada RM1,000 kepada RM3,000.

Sumber : Oleh Norfaisal Jahuri (Harian Metro)


Emmm...Macam best je kalau dapat nih. :)
Terima kasih CUEPACS, dengan perjuanganmu kami tidak ditinggalkan.

1 comment:

tam said...

kalu dapat 2bulan bonus best la...ini dapat ciputt..apapun aku tetap bersyukurrr..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com