Monday, May 10, 2010

Menyambut kepulangan Ayahku....

Alhamdulillah, Ayahku selamat dari menjalankan Tugas misi pengaman PBB menjaga keamanan di Timur Leste atau Timur Timor. Pelbagai pengalaman dan cerita selama bertugas di Sana. Mengikut posting yg aku ceritakan dulu di :

http://www.kenalikomputer.com/umum/tugasan-besar-ayahku

Ayah kini sudah berada di Malaysia dan telah berjaya melakukan misi tersebut. Kepulangan Ayahanda sangat2 mengembirakan seluruh keluarga dan sanak saudara. Aku telah ke Kem PGA(Pasukan Gerakan Am) Gong Badak di Subuh hari pada 9 may 2010 bersama 24 jamadilAwal 1431 utk mejemput kepulangan ayahku.

Ayahku menceritakan segala pengalamannya disana, tinggal berhampiran dengan gunung berapi tua dan tidak aktif memanaskan kawasan kem tempat tugas ayahku di timut leste.Didapati ada juga beberapa anggota pengaman Malaysia telah diserang Denggi di sana, Mujur ayahku sihat walafiat dan dihindari dari penyakit itu.

Sesampai je di rumah kat Kampung, ayahku mendapatkan anakku Hakim juga cucunya yg mana buat pertama kali melihatnya sejak Hakim Lahir. Rasa sungguh gembira dengan keadaan ini.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Kebetulan juga 9 mei 2010 adalah Hari Ibu. Dan telah mengembirakan ibuku yg kian lama menunggu kepulangan ayahku.

Terima kasih Allah, kerana selamatkan ayahku sewaktu bertugas di sana.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com