Tuesday, December 13, 2011

Borang BR1M (RM500) boleh download di sini

Sibuk orang ramai memperkatakan hal-hal berkaitan bantuan sebanyak RM500 bagi yang berpendapatan isi keluarga kurang dari RM3000 sebulan yang pernah diumumkan perdana menteri Dato' Seri mohd Najib Tun Razak dalam pembentangan budjet 2012 baru-baru ini.
Di sini, bagi memudahkan sesiapa yang ingin mendapatkan borang tersebut, bolehlah muat turun di link bawah ini.

Borang Permohonan Bantuan RM500 Rakyat Malaysia

dan ini adalah peraturan-peraturan bagi permohonan ini :
  1. Semua ruangan yang berkaitan perlu di isi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen dan dalam bahasa melayu
  2. Borang yang sudah lengkap bolehlah hantar kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan,sekolah-sekolah terpilih, cawangan LHDNM berdekatan atau kaunter LHDNM yang disediakan.

Individu yang layak :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah PENDAPATAN KASAR bulanan RM3000. (Jangan nilai dengan gaji BERSIH ye tapi KASAR. Jangan salah faham tu. :)
  3. Berkahwin
  4. Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  5. Bujang yang mempunyai tanggungang
  6. Warga emas (umur 60 tahun ke atas) - sebatang kara

Salinan/ dokumen yang diperlukan :

  1. MyKad/Kad Polis/Kad Tentera
  2. Penyata/ slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja.
  3. Waris/ Wakil tidak dibenarkan sama sekali dalam menuntut bayaran RM500.

So, camana? harap-harap syarat-syarat yang telah dinyatakan itu mudah difahami. Apa lagi, yang mana yang rasa layak tu jomlah mohon. Rugi tau jika lepaskan peluang ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com