Monday, February 14, 2011

Haram Menyambut Valentine Day bagi umat Islam

Setiap tahun, 14 Februari menjadi penantian segelintir masyarakat kita yang menyatakan hasrat perasaan mereka dan isi hati mereka pada kekasih masing2.

Disambut dengan pelbagai cara bermula dengan kiriman kad dan bunga hingga ke parti tari menari seterusnya berlakulah penzinaan demi membuktikan cinta mereka kepada pasangan masing-masing.

Sumber dari catholic Encyclopedia menjelaskan bahawa valentine adalah nama seorang paderi kristian yg giat menyebarkan agama di Rom. Kemudian dia ditangkap dan diseksa dalam penjara. Selama dipenjara, ia tetap menyebarkan ajarannya dikalangan banduan-banduan. Dikatakan juga ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan seorang gadis iaitu anak salah seorang pegawai Penjara. Diakhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan " Daripada Valentinemu". Oleh dari itu, Orang Kristian mengambil sempena hari 14 Februari untuk meraikan hari kekasih dan berkasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.

Jelas, bahawa sambutan Hari Kekasih ini merujuk kepada seorang paderi tersebut. Sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan kerasulan Muhammad S.A.W, Wajarkah kita merayakan hari kekasih? Patutkah kita mengambil peristiwa ini untuk disambut dan diraikan? Alangkah jahilnya kita sehingga tidak dapat lagi membezakan antara ajaran agama kita dengan agama lain. Benarlah kenyataan hadith daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Demi Allah yang nyawaku di dalam gengamanNya, pasti kamu akan turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang dhab. lantaran itu, sahabat bertanya: "Adakah mereka itu yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: "Siapa lagi kalau bukan mereka".

3 comments:

Proton Inspira said...

Love your postings....

PejuangV-Day said...

maulud nabi juga haram bro.xpernah dibuat nabi dan para sahabat.

Anonymous said...

pejuang V-day, adalah berdosa besar mengatakan maulud itu haram.para ulama sudah mengatakan adalah berdosa jka sesuatu perkara itu dikatakn haram hukumnya sedangkan ia bukanlah bida'a.. perkara bida'a tu adalah perkara yg bila dibuat maka neraka tempatnya. bartaubat la pejuangV-day..kerana bukanlh sesuatu itu haram jika perkara itu baik tidak dilakukn oleh rasullulah dan kita tidak dibenarkn buat. nabi dan para sahabat tidak buat sesuatu itu, bukan brmakna ia haram utk kita buat jika ianya perkara yg baik dan tidak bertentangan dgn alquran. "seperti satu peristiwa, yg sahabat nabi pernah lakukan, iaitu mengumpul alquran di suatu majlis.. rasullulah tidak pernah melakukn perkara itu, bahkan nabi brtanye apakah yg dilalakukn oleh sahabatnya itu adalah baik, maka nabi mengikut cara sahabat nya itu." jd disini para ulama sudah sepakat mngatakn perkara yg baik kita harus lakukn mngikut alquran. bukan lah HARAM utk mengingati nabi kita dgn mnyabut mauludi rasul.. itu sempana mnyambut kelahirannya dah hari2 penting pd hari tu..seperti ;

1. Rasulullah dilahirkan pada hari Isnin. 12 rabiulawal
2. Rasulullah menyelesaikan Peristiwa pertelingkahan meletakkan hajatulaswad di Kaabah, Mekah.
3. Rasulullah dilantik menjadi Rasul
4. Rasulullah hijrah dari Mekah ke Madinah.
5. Rasulullah tiba di Madinah selepas berhijrah dari Mekah.
6. Rasulullah wafat

pd hari tersebut kita sebagai umat islam sunat menyempurnakan ibadah solat sunat kepada rasullullah dan nabi ibrahim. juga sunat untuk berpuasa pd hari trsebut..dan berselawat.. kita akan ditolong oleh rasullullah ,insyaallah pd akhirat nnti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com