Monday, November 1, 2010

Kelantan Juara Piala Malaysia

Terjawab sudah siapa yang kalah dan siapa yang menang piala Malaysia tahun 2010. Kelantan menjuarai dengan kemenangan 2-1 ke atas N. Sembilan.

Pada separuh masa pertama N.Sembilan terlebih dahulu menjaringkan gol hasil sepakan penalti dari shahurain. 1 gol kosong berterusan sehingga ke tamat separuh masa pertama. Diakhir separuh masa pertama, kelantan terus menerus merobek ke gawang gol N.Sembilan, tetapi ia tidak berjaya.

Bagaimanapun, diseparuh masa kedua ia sangat2 mengejutkan dengan kebangkitan kelantan, setelah Aidil Zakuan cedera, benteng pertahanan N.Sembilan menjadi longgar dan 2 gol berjaya disumbat hasil jaringan dari tandukan Hairuddin Omar dan jugak tendangan pantas dari Badhri Radzi.

Sehinggalah ke akhir perlawanan 2-1 berterusan sehingga pengadil Subkhiddin mengistiharkan kemenangan kepada pasukan Kelantan.

Kelantan menjulang Piala Malaysia pada kali ini. Apa yang menarik, nasib kejayaan terpancar pada pemain Hairuddin Omar kerana tahun lepas beliau menjaringkan gol untuk pasukan N.Sembilan dan juara tapi pada kali ini ia menjaringkan gol untuk Kelantan dan Juara. Jarang-jarang berlaku akan perkara ini.

Cuti umum juga telah diberikan pada hari Ahad kerana kejuaraan pertama dan telah mencipta sejarah baru.

Walaubagaimanapun, Kelantan JUARA!!!!
TAHNIAH buat pasukan KELANTAN.

1 comment:

amin said...

yeahh... tahniah buat sek2 kito..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com