Banyak khasiat buah anggur ni rupanya. Begitu juga buah kismis sebenarnya ia diperbuat daripada buah anggur. Tapi perlu diingat ye, ada setengah arak atau wine diperbuat daripada anggur tapi itu HARAM tu...., tak boleh diminum kerana ia bukan sahaja haram tapi ia tidak berkhasiat dan boleh memudaratkan sistem dalam badan kita.
Antara khasiat-khasiat buah anggur ni ialah :
- Boleh menghilangkan bau mulut yang busuk.
- Mencairkan lendir atau kahak di dalam tekak.
- Menghilangkan rasa lenguh dan letih.
- Menghilangkan perasaan marah.
- Menguningkan warna kulit (menjadikan kulit lebih gebu)
- Menguatkan daya ingatan dan kecerdasan otak.
- Mampu menyembuhkan batuk-batuk.
- Menghilangkan rasa pedih / sakit pada buah pinggang dan pundi kencing.
- Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya ia mudah hadam.
- Menguatkan hati dan jantung.
1 comment:
great info!!
Post a Comment