Wednesday, September 29, 2010

kisah kehidupan pencipta Facebook dalam bentuk komik

Siapa sangka seorang insan yang bernama Mark Zuckerberg pernah ditawarkan satu juta dolar oleh Bill Gates untuk bekerja bersamanya, namun beliau telah menolak tawaran tersebut lalu mengfokuskan kerjayanya bersama rangkaian terhebat masa kini iaitu Facebook.

Beliau sebagai pengasas Facebook telah menjadi sebutan di seluruh dunia dan menjadi kegunaan orang ramai dalam bentuk saluran perhubungan,busness,iklan dan industri dunia. Beliau menjadi lebih perhatian setelah majalah Forbes mengumumkan beliau sebagai orang ke 35 terkaya di Amerika Syarikat dengan nilai kekayaan kekayaan AS$6.9 bilion (RM22 bilion).


Selain kini ia menjadi tumpuan untuk perfileman yang bertajuk “The Social Network” atau dalam bahasa melayunya "Jaringan Sosial", beliau juga telah menjadi tarikan untuk media lain dan akan mengeluarkan kisah kehidupan beliau dalam bentuk komik pada masa akan datang(dijangka dalam bulan Disember ini) oleh penerbit Bluewater Productions. Ia menceritakan bagaimana seorang yang dulunya bermasalah dalam sosial tetapi kini ia adalah orang yang cerdik dan ternama dalam dunia masa kini.

Beliau mula menjadi tarikan pada usia 26 tahun yang ketika itu laman webnya mula dikunjungi ramai oleh rakan-rakannya kemudian berterusan kepada kawan dan kawan yang lain sehingga ia menjadi pertalian semasa dalam perhubungan mereka.

Baru-baru ini sebelum melancarkan filemnya, beliau telah mengumumkan untuk menyumbang sejumlah 100 juta dolar kepada sebuah sekolah iaitu Newark School District.

Komik tersebut telah dikatakan sedikit sebanyak mengambarkan kisah kehidupannya sebagai dirinya sendiri.

Jom kita sama-sama nantikan komik ini di pasaran. Dikatakan setiap pengguna Facebook ingin mengetahui kisah sebenar kehidupan pengasas facebook. Ia bakal menjadi rebutan di pasaran kelak.
"Aku harap ada dalam versi bahasa Melayu ye. hehehe, bukan pe, nak buat kajian. Yang mana yang baik, kita ambil, yang mana yang tak baik...jgn gatal2 nak amik ye?:)"

Sumber : tech.spreadit.org

2 comments:

hazman aka species1980 said...

rasanya die nie pernah kena edisi terjah kat program oprah.... pasal kehidupan die...

kisahsensasi said...

rasanya die nie jenis simple je orangnya tapi genius....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com