Wednesday, November 20, 2013

Kisah Kehidupan Al-Syahid Ahmad Ammar. Al-Fatihah

APABILA AHMAD AMMAR BERTEMU BIDADARINYA....

Pemuda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana.....

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, Allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, Turki.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, termasuk sahabat Nabi, Abu Ayub Al-Ansari r.a., para-para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.


Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. Subhanallah!! Berebut-rebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengusung keranda allahyarham.....Lihat video ucapan imam disana.....ramai yang tersentuh dan mengalirkan airmata......Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.

Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya
perlu gugur di medan perang.Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.


Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah. semoga kita sama-sama belajar dan menerima sesuatu dari video ini.

kata-kata di atas oleh : FB Ustaz Nasir

Cuba lihat dan dengar video di bawah ini pada minit ke 11,50 saat. Kenyataan yang perlu rakyat Malaysia tahu oleh Imam Masjid Turki tentang kematian Ahmad Ammar.



Dan ini adalah Catatan Terakhir Arwah dalam perjuangannya untuk berdakwah yang telah dijumpai rakannya :

"Perlu ada Keredhaan Allah dalam Amalan Kalian,
Sekiranya Allah Redha sedangkan seluruh dunia Berpaling daripadamu,
Maka itu tidak penting.
Jika Dia telah Menerima Amalanmu sedangkan seluruh Makhluk menolak,
Maka dia tidak memberi apa-apa kesan pun...
Kerana itulah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama didalam khidmat dakwah ini."

Marilah kita sama-sama sedekahkan Arwah Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam Al-Fatihah.... Semoga Rohnya berada dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Amin...

Updated: 24/11/2013 :
Ini adalah maklumat tambahan yang baru saya dapat dari jkkkfc yang mana ini adalah mesej WhatsApp terkahir Arwah Ahmad Ammar dengan Kakaknya :



sumber : youtube , GPTDTV.

7 comments:

kucing comel said...

perkongsian yang menarik!!!

jemput datang ke website baru saya ===> syokbah.com

KHALID said...

Subhanallah.. betapa beruntungnya saudara ammar ni ..

Jom Terjah : Bunuh Filem Melayu!

SITI ZALEHA ZAFIRAH said...

subhanaAllah ,, mulia sngguh hamba Allah ini, semoga kita semua menjadi seperti beliau.. walaupon saya baru saja tau ada hamba semulia beliau saya berasa sedih akan kehilangan dia.. kepada ibubapa dan kaum kerabat beliau semoga tabah dan ikhlas atas pemergian beliau,, kami rakyat Malaysia bangga mempunyai insan seperti arwahyarham Ammar ,,

Anonymous said...

Saya nak jadi macam Ammar jugak walaupun saya baru 14 tahun . Boleh kan ?

feyus said...

Kalau niat tu sudah ada, InsyaAllah... usaha ini diredhai Allah S.W.T..

Unknown said...

salam boleh sya meminta keizinan untuk copy agar sama-sama berkongsi coretan tentang pejuang islam muda saudara ammar ini.. agar menjadi pedoman buat para sahabat

feyus said...

Salam.. sudah tentu boleh dayang nurnabilla. semoga memeberi kata semangat kpd semua untuk berdakwah. Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com