Saturday, November 16, 2013

Video Kemusnahan Filipina Dalam Taufan Haiyan

Sejarah Dunia tercatat kembali dalam bencana alam paling teruk selepas bencana Tsunami yang melanda Jepun pada 11.3.2011. percaya atau tidak, Taufan Haiyan ini adalah terkuat didunia iaitu mampu mencapai kelajuan angin sebanyak 380 kilometer sejam, bayangkan kelajuan tersebut.

                                                 Photograph: Aaron Favila/AP

Kejadian yang bermula pada 4.40 pagi pada 8 November 2013 lalu telah menyebabkan kematian yang cukup ramai iaitu dianggarkan seramai 10,000 orang pada permulaan berita. Walaubagaimanapun, laporan berita dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang lebih tepat mengatakan seramai 4,460 telah terkorban dalam bencana ini. Lapor berita dari http://www.mstar.com.my semalam.

Bawah adalah beberapa Video yang Tragis yang boleh kita saksikan :



Lagi Video bencana Taufan Haiyan:









Dan ini adalah kesan dari Taufan Tersebut yang sangat mengejutkan dunia. Kejadian mencuri, merompak dan pergaduhan kian ketara berlaku kerana desakan untuk hidup. Kini kawasan yang dilanda telah menjadi padang jarak padang terkukur. MasyaAllah. Sesungguhnya Allah maha berkuasa atas segala sesuatu. Kun Fayakun. Kejadian ini mengingatkan kita supaya kita tidak lupakan Allah dan pesuruhnya Nabi Muhammad S.A.W.



Updated (18/11/2013) :

Dikatakan juga kejadian bencana alam Taufan yang terkuat di dunia yang melanda Filipina ini ada kaitan dengan keegoan manusia merobohkan masjid di Pasay City,Ginigiba,Manila pada September 2013 yang lalu yang telah mengorbankan seramai 3 orang penduduk yang cuba mempertahankan Masjid tersebut dari diroboh. Mungkin ini pembalasan Allah S.W.T yang telah merobohkan Rumah Sucinya itu. Untuk membaca perkara ini dengan lebih lanjut, jom ke blog ini : http://waazin.blogspot.com

sumber: youtube

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com