Alhamdulillah,
Jam 10.08 malam, hari isnin, 15 mac 2010 bersamaan 29 rabiuawal 1413. Lahirnya seorang bayi lelaki. Alhamdulillah, rezeki katakan.:)
Anakku lahir di Hospital Serdang,Selangor. Alhamdulillah, servis dan layanannya OK. Aku boleh masuk sekali dalam labour Room. Rasa Insaf di hati melihatkan detik kelahiran anakku sendiri. Teringatkan bagaimana ibuku melahirkan aku dahulu. Begitu perit dan sakit sekali.
Selepas anakku mula melihat dunia ini, aku terus azankannya dan terasa hati sangat berdebar-debar. Maklumlah anak pertama. :)
Di sinilah tempat babyku dilahirkan.
Selepas itu Isteri dan baby ditempatkan di wad yang sangat selesa dan beraircon. satu bilik ada 4 katil.Aku boleh lihatnya untuk masa 10 minit sahaja sebab aku tak dibenarkan menemani isteriku. Rasa kecewa jugak.
Jam 7 pagi esokkannya, aku pergi semula ke hospital melihat isteri dan babyku, Alhamdulillah, segalanya OK. Dan telah diberitahu oleh nurse yang isteri dan anaku boleh balik rumah hari itu jugak. Kemudian jam 3 petang aku uruskan bil2 dan aku bawa balik Isteri dan baby.
Best jugak jadi Papa.:)
Aku beri nama Anakku Muhammad Hakim pada mulanya, tapi isteri aku pula nak tambahkan Nur di tengah nama, So...jadilah Muhammad Nur Hakim.Cantik tak? Itulah nama anak pertama ku.
Aku sangat bersyukur pada Allah S.W.T.
Thank You Allah.
4 comments:
alhamdulillah & TAHNIAH!
psstt..labour room bukan level room.hehe
salam,
tahniah..........cantik nama tu
opss.salah ejaan.:) sudah repair, tq Red.hehehe
tahniah bro! =)
Post a Comment