Sunday, March 28, 2010

Gaji baru polis


KLUANG: Sambutan Ulang Tahun Peringatan Hari Polis ke-203 pada 25 Mac ini akan lebih bermakna kepada lebih 80,000 Anggota Pangkat Rendah Polis DiRaja Malaysia (PDRM), apabila kerajaan dijangka mengumumkan Skim Perkhidmatan Baru atau kenaikan gaji dan elaun mereka.

“Apabila semua urusan itu selesai kelak, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan umumkan perkara berkenaan pada Sambutan Ulang Tahun Peringatan Hari Polis ke-203, 25 Mac ini.


“Penghujung tahun lalu, saya mengumumkan agenda meningkatkan dan menambah baik kebajikan serta keselesaan anggota dan pegawai PDRM.


“Melalui agenda ini saya sentiasa melihat aspek kebajikan dan keselesaan anggota dan pegawai secara menyeluruh, membabitkan elaun, kenaikan pangkat, beban tugas, penstrukturan koperasi polis dan kemudahan,” katanya selepas melawat Pondok Polis Taman Sri Lambak, di sini, semalam.


Hishammuddin berkata, pihaknya berusaha meningkatkan keselesaan hidup anggota polis yang tinggal di Kompleks Perumahan Polis dengan menaik taraf rumah dua bilik kepada tiga bilik dan penstrukturan koperasi.

Menurutnya, sasaran menurunkan kadar jenayah sebanyak lima peratus berjaya dicapai sepanjang tiga tahun lalu dan berdasarkan kejayaan itu pihaknya percaya permintaan meningkatkan gaji Anggota Pangkat Rendah akan dicapai.


“Kenaikan gaji itu penting bukan saja bagi memberi keselesaan kepada anggota polis, malah menjaga nama baik dan maruah PDRM.


“Kami turut mensasarkan 20 peratus jenayah jalanan menjelang 2020 dan jika ia dapat dilaksanakan, tiada sebab permintaan kami tidak mendapat perhatian pihak kepemimpinan,” katanya.


Skim Perkhidmatan Baru membabitkan 10,678 orang pegawai membabitkan berpangkat Inspektor hingga Timbalan Ketua Polis Negara yang diumumkan 3 Februari lalu, manakala skim bagi 88,069 anggota pangkat rendah dijangka akan diumumkan 25 Mac ini.

Sumber : Oleh IBRAHIM ISA (Akhbar harian metro)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com