Friday, May 8, 2015

Lagi Kereta Myvi kene tempias diconteng - Akibat Tragedi DUKE

Sejak berita tragis kejadian kemalangan antara kereta Pajero dan 2 buah Myvi di lebuhraya DUKE pada sabtu 2 Mei 2015 yang lalu sehingga mengorbankan 3 nyawa menjadi satu cerita yang masih tidak terhenti di sini. Ramai Netizen-netizen diluar sana memberi pelbagai reaksi yang mana berpunca dari perlumbaan melibatkan 6 buah kereta Myvi yang kini terus menjadi viral di media sosial dan Televisyen.


Gambaran grafik bagaimana kejadian berlaku:


Rakaman CCTV yang dikatakan sebelum kemalangan berlaku:



Dengarnya hari ini 8/5/2015 dikatakan satu perbicaraan awal ke mahkamah dengan dua pemandu Myvi yang didakwa atas kesalahan berlumba pada tempoh.

Tapi yang menjadi ketakutan sekarang ini ialah bagi para pemandu Myvi di atas jalan raya mahupun ditempat parking. Kebencian orang ramai berterusan sehingga mengakibatkan mangsa pemandu Myvi lain menerima akibat antaranya disimbah cat, diconteng dan ditoreh. Banyak juga kedengaran yang mana kereta2 myvi dihimpit dijalanan menjadikan ketakutan kepada pengguna Myvi lain.

Apa yang berlaku ini tidak semestinya berlaku kerana disebabkan nila setitik, habis rosak sesusu belanga menjadi haru biru kerana mereka ini tidaklah bersalah dalam hal ini. Harap perkara sebegini harus dihentikan. Biarlah mahkamah yang tentukan siapa yang bersalah.

Berikut beberapa kejadian pengguna Myvi yang terkena tempias kemarahan Orang Ramai.











"Saya seorg wanita hamil 8 bulan.saya menggunakan kereta myvi untuk pergi kerja setiap hari. Tapi semenjak kejadian kemalangan di atas DUKE melibatkan 6 buah Myvi yang berlumba haram hari itu, saya rasa tidak selamat memandu kereta myvi saya lagi. Semalam ada 1 kereta 4x4 himpit kereta saya di tol Serdang semasa saya balik dari kerja. Dan sebentar tadi pula kereta saya kemek bonet depan mcm di ketuk dgn benda keras..emosi saya sangat terganggu.. saya mohon rakyat malaysia jangan la bertindak sesuka hati. Saya sendri marah pada pelumba2 haram tu..tapi knp saya yang dipersalah kan..itu kereta saya nak mencari rezeki.. sampaikan saya fikir apa salah saya pada org ramai. Saya tidak dapat lagi menahan emosi. So please rakyat malaysia jangan aniaya org yang tidak bersalah. Saya harap Allah balas pada org yg aniaya saya ni.." 
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk 3 Beranak yang menjadi manga kemalangan tersebut:
Fairuz Nizam (suami), Novasafitri (Isteri), Bayi Berusia 6 bulan Nur Firuza Annisa.
Kini dua adik beradik yatim piatu dijaga oleh bapa saudaranya. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com