Monday, July 8, 2013

Lagi Kes Bayi Meninggal Kerana Kecuaian Pusat Asuhan

Kuala Lumpur: Belum selesai siasatan membabitkan kematian bayi lelaki di sebuah pusat asuhan di Bandar Baru Bangi, seorang lagi bayi di premis sama dilaporkan koma sejak Isnin lalu.

Ahmad Adam Abqary Ahmad Hassan, dua bulan, dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, kerana mengalami pendarahan otak. Dia sebelum ini dihantar ke pusat asuhan sama dengan bayi berusia tiga bulan yang dilaporkan maut, Jumaat lalu.

Bapa Ahmad Adam, Ahmad Hassan Shahbudin, 30, berkata, dia mengesyaki terdapat unsur kecuaian penjaga pusat asuhan itu sehingga menyebabkan anaknya mengalami pendarahan otak.

“Ini bukan kejadian pertama sebaliknya seperti dilaporkan Harian Metro Jumaat lalu, seorang bayi lelaki mati di situ,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

sumber berita:  Oleh Mohd Firdaus Ibrahim (Hmetro)

Tangis,sedih dan benci Apabila mendengar berita sebegini.

Baru je tergerak hati nak hantar anak kat pengasuh, tiba-tiba keluar
pulak berita sebegini. Anak kita adalah umpama kain putih, kita yang mencorakkannya, tapi kalau dicorak cara sebegini adakah kita boleh menerimanya?

Salah siapakah andai kata perkara ini terjadi? Pelbagai cara sudah diambil oleh Kementerian pembangunan wanita amnya, tapi masih jugak berlaku perkara sebegini.

Harap sentiasa ada pengawasan dari pihak tertentu supaya perkara ini tidak berulang lagi. Dan undang-undang di pusat Penjagaan kanak-kanak ini haruslah diperketatkan lagi..

Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan sentiasalah berwaspada dengan anak-anak terutamanya ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke pusat asuhan.

Sama-samalah kita sedekahkah Al-Fatihah buat bayi lelaki Muhammad Waiz Wafiq berusia 3 bulan yang dilaporkan meninggal dunia dari berita di atas (sumber dari pengomen : Annaz Mohd).

Semoga Roh adik ini ditempatkan dikalangan orang-orang yang mulia. Amin. Dan Kepada Adik Ahmad Adam Abqary Ahmad Hassan, dua bulan yang masih koma di hospital ini semoga ia cepat sembuh. InsyaAllah.

2 comments:

Annaz Mohd said...

setahu saya, Adik Ahmad Adam masih koma di HKL dan yang bayi yang meninggal dunia itu Muhammad Waiz Wafiq..

Waiz adalah anak saudara saya iaitu anak sulung kepada sepupu saya. Menyedihkan kerana saya belum sempat menatap wajahnya...

Kali pertama dan terakhir ketika di masjid sebelum dimandi dan sebelum dikebumikan..

feyus said...

Terima kasih Annaz Mohd kerana perbetulkan pemahaman artikel ini. Semoga Adik Ahmad Adam cepat2 sembuh dan kembali stabil. InsyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com