Bermulanya kita dari Alam Roh sehinnggalah ke penentuan kita sama ada di Syurga atau Neraka.
Dalam sebuah hadith ada disebutkan, KUBUR ITU PINTU KE ALAM BARZAKH
(alam perantaraan).. Dalam hadith yang lain disebut, malam pertama
adalah malam yang paling menakutkan di Alam Barzakh, oleh itu jinakkanlah roh dengan membaca ayat-ayat al-Quran.. Alam Barzakah amat menakutkan, kerana ia adalah satu tempat yang roh belum pernah sampai dan melaluinya….
Setiap alam ada masalah-masalah pada individu tersebut, termasuklah
Alam Barzakh… Ada orang rasa sekejap sahaja masa di alam barzakh, ada
yang merasa lama… Rasulullah s.a.w. mengingatkan umatnya supaya mereka MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH S.W.T. dari azab dan siksaan kubur… Kubur itu satu taman dari TAMAN-TAMAN SYURGA atau satu gaung dari GAUNG NERAKA… Terpulanglah kepada keadaan AMALAN seseorang… Kitalah yang menentukan bagaimana keadaan kita di alam kubur nanti….
Antara golongan yang disiksa dengan AZAB KUBUR ialah mereka yang tidak berjaya menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nakir..,(yang menjawab segala soalan malaikat adalah AMALAN sendiri) Mereka
yang tidak sembahyang atau tidak cukup bilangan sembahyangnya. Mereka
yang melaga-lagakan orang lain (adu-domba), mereka yang tidak
membersihkan air kencingnya….
Rasulullah S.A.W. bersabda: “(Allah) akan memberi kuasa untuk
menyeksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 EKOR ULAR yang akan
mematuknya hingga berdirinya kiamat… Jika seekor saja dari ular itu
meniupkan bisanya ke bumi, nescaya tidak akan ada tumbuhan hijau yang
tumbuh (di atas muka bumi).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)….
Daripada Ibn Abbas r.a. : ” Sesungguhnya Nabi s.a.w. melalui dua
kuburan , lalu Baginda s.a.w bersabda :” Sesungguhnya kedua dua penghuni
kuburan ini sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa
besar…. adapun yang seorang disiksa kerana TIDAK ISTINJAK SETELAH
KENCING, sedangkan yang satu lagi kerana SUKA MENGADU-DOMBA… Kemudian
Baginda s.a.w. meminta satu pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua ,
lalu bersabda : ”Semoga pelepah kurma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua, selama ia belum kering”.( HR Bukhari dan Muslim )….
Jadi masyarakat kini, bila waktu pengebumian sering mereka pacakkan
batang pokok puding atau pokok lainnya.Bunga rampai serta bungaan
menjadi pilihan untuk menaburkannya di pusara.Ada pula yang akan tanam
pokok bunga bagi menghiasi kubur,kadangkala bersiapan rumput karpet”
seakan kubur itu sebuah taman yang indah dimasa kini.
sumber : http://jaksa-yadim.blogspot.com
: peribasirasulullah
No comments:
Post a Comment