Friday, August 19, 2011

Tak Baik Mengumpat,Ni Kan Bulan Puasa!!!

mmmm, memang selalu kita dengar ayat macam ni dalam bulan puasa kan? Tapi sedarkah kita, mengumpat bukan sahaja tidak dibolehkan di bulan Ramadan sahaja, tetapi bulan-bulan yang lain juga tidak dibenarkan sama sekali. Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad melarang umatnya mengumpat apatah lagi mencaci seseorang.

Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Sifat dengki juga boleh merosakkan dan menyakiti hati orang lain.

Firman Allah SWT maksudnya: "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata". (Al Ahzab ayat 58)

Oleh itu, lebih baik diam sahaja daripada kita mencari dosa, kerana mulut kita binasa.

Hari ini, kita sudah pun memasuki Puasa yang ke 19, ini bermakna bermula esok kita akan menghadapi satu lagi hari yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatur Qadar yang mana kita ketahui berlaku dalam 10 Ramadhan terakhir.

Mari kita sama-sama merebut peluang yang baik ini dibulan Ramadhan. Hayatilah Bulan ramadhan yang penuh dengan kerahmatan.

3 comments:

Unknown said...

true... positive attitude everyday... make it a habit to cultivate positive attitude

fairus said...

MARILAH SAMA-SAMA KITA JAUHI MENGUMPAT.. BUKAN DAPAT APA-APAPUN.. DAPAT DOSA LAGI ADALAH...

ParkAir said...

demo ngumpat kawe ko, kawe tersedak tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com