Tuesday, August 23, 2011

Selain Bob Lokman,Azmil,Sham Kamikaze,Ustaz Radzi Melissa pula?

Assalamualaikum...

Mungkin ramai lagi Bekas-bekas artis yang mengubah gaya dan identiti daripada "Full Hiburan kepada Full Pengabdian kepada Allah S.W.T", Ok ke ayat ni? Reka2 je ni.:)hehehehe.

Bukanlah untuk mengutuk sesiapa tetapi gaya kehidupan artis banyak yang tidak kena. Berlakon berpegangan tangan antara pompuan dan lelaki apatah lagi adanya adengan berpelukan yang melakonkan watak kekasih. Ya, memangla berlakon, tapi haram tetap haram oiii, yap, jelas agama menerangkan bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah Haram dan berdosa besar.Tapi bila berlakon tidak semestinya ia memberi lampu hijau untuk bersentuhan. Oh, tidak sama sekali.


Yap, tajuk aku ni hanya sebut artis lelaki je, mana artis pompuan? yap, ia ada juga seperti Wardina, Ogy, Aida Khalida, Syarifah Aini dan ramai lagi yang asalnya seksi dan tidak bertudung kepada gaya bertudung.

Bagi lelaki pula, ada lagi beberapa artis yang aku tidak sebutkan iaitu iwan dangdut dan Ustaz Akhil Hayy. Pernah suatu ketika dulu popular dengan lagu yang dibawanya.

Tapi aku tertarik pula dengan seorang lagi dari Kumpulan rock seketika akhir 80-an dan awal 90-an dahulu iaitu penyanyi dari kumpulan Melissa. Siapa tak kenal dengan artis rock kumpulan rock kapak ni dulu kan? Mungkin ramai yang kenal nama kumpulan sahaja tetapi tidak kenal dengan penyanyinya. Yap mereka dulunya terkenal dengan lagu "Cinta Untuk Nabila"

gambar : perubahan dulu(kiri) dan kini(kanan)

Inilah dia : Ustaz Radzi Melissa, semoga beliau beroleh kemenangan dunia dan akhirat.InsyaAllah.

dan dengarkan dari lirik "Cinta Untuk Nabila" kepada "Cinta Untuk Nabi Lah"



"Sesungguhnya Allah lebih maha mengetahui atas apa-apa yang berlaku."

3 comments:

arituarini said...

sikit masa lg..zuar xpdc lak..

fairus said...

ALHAMDULILLAH SYUKUR....

fiqah said...

alhamdulliah..ssngguhnya hidayah itu milik ALLAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com