Alhamdulillah, selamat sudah adik ipar aku dalam Latihan Tentera Darat selama 6 bulan di PUSASDA, Port Dickson, N.Sembilan. Kejayaannya disambut dengan kedatangan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri dalam negeri, Menteri besar selangor dan juga ketua polis negara. Sambutan Perbarisan Tamat Latihan Perdana siri 1/2011 yang disambut dengan mengabungkan Tentera darat dan juga PDRM dijalankan serentak pada 30 Julai 2011 (Sabtu) di kem PUSASDA, PD.
Aku bertolak awal selepas subuh ke sana bersama anak isteri dan juga ayah serta mak mertua ku ke PD. Sampai pada jam 8.30pg. Sesampai jer...ushhh, dasyat, begitu ramai keluarga pelatih datang ke sana bagi menyaksikan dan mahu bertemu dengan anak masing-masing. Yap, terpaksalah aku parking jauh lebih kurang dalam 1km berjalan disebabkan tiada parking. Mana taknya dikatakan lebih 2000 pelatih. 1 pelatih mungkin dalam 5 orang keluarga datang. So, darab campur memang ramai sangat-sangat orangnya.
Sambutan di awal pagi berjalan dengan lancar dan cuaca sangat baik ketika itu, sehinggalah diakhir perbarisan dan penutup pada jam 12 tengahari cuaca tiba-tiba berubah kepada gelap dan menandakan hujan akan turun.
Pada jam 1 tengahari, hujan ribut melanda di kem ini dan Alhamdulillah sempat kami sekeluarga berteduh di sebuah Masjid di kem berdekatan. Orang ramai penuh datang berteduh sama kerana tiada lagi tempat untuk berlindung.
Aku sendiri telah menyaksikan ribut ini dan ada angin yang teramat dasyat menimpa tempat kami. dan pemandangan menjadi tidak jelas ditambah dengan sampah sarap yang berterbangan, atap2 yang dibina melayan dan tercabut. kabel elektrik jatuh dan kerusi-kerusi dan meja semuanya terbalik. Apa yang paling tragis ialah kereta yang parking ditempat rendah telah ditengelami air dan pokok tumbang di atas kenderaan pelawat yang kebanyakkannya datang dari jauh.
Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat kami rakamkan :
Memang benar, Kuasa Allah mengatasi segalanya...
Mungkin ada hikmahnya disebalik apa yang berlaku..ShubahanaAllah
No comments:
Post a Comment