Langkah-langkah ini aku dapat dari pejabat dalam website staff untuk dikongsi dengan korang. Pejabat adalah rumah kedua kita. Tul tak?:) Jimat mesti dilakukan, jangan biarkan pembaziran berlaku.huhuhuhu
Cara-caranya :
- Mewujud dan menguatkuasa waktu On dan Off sistem elektrik di Pejabat Am seperti waktu rehat (1.00 tgh – 2.00 ptg) dan mematikan bekalan selepas waktu bekerja (5.00 ptg).
- Meminimum penggunaan peralatan elektrik pada waktu puncak (peak) kehendak maksimum iaitu di antara waktu 11.00 pagi – 1.00 tgh dan 3.00 ptg – 4.00 ptg.
- Memastikan semua komputer dan peralatan elektrik yang lain dimatikan selepas waktu pejabat atau selepas digunakan.
- Meminimumkan penggunaan pendingin udara. Kipas angin dan udara luar bangunan boleh digunakan sebagai pengganti seperti membuka laluan udara seperti tingkap, bagi membenarkan udara keluar masuk ke dalam bangunan.
- Memastikan suis lampu dan pendingin udara bilik kuliah sentiasa ditutup sekiranya tidak digunakan.
- Memastikan pendingin udara sentiasa diselenggara mengikut jangka masa yang sepatutnya.
- Memastikan pendingin udara ditetapkan pada suhu yang selesa (24-26 darjah celcius).
- Menggunakan pendingin udara atau peti sejuk yang mempunyai Energy Efficient yang tinggi.
- Memastikan peralatan makmal yang menggunakan motor elektrik seperti pam dan blower menggunakan High Efficient Motor.
- Menggalakkan penggunaan sistem kawalan intelligent atau kawalan pemasa atau movement sensor seperti di dewan kuliah atau pejabat untuk mengawal suis lampu atau pendingin udara.
- Memastikan lampu-lampu yang rosak, digantikan dengan lampu jenis jimat tenaga (energy saving) seperti Lampu LED atau T5 florescent.
- Menggalakkan staf memakai pakaian yang sesuai dengan suhu pendingin udara yang ditetapkan.
- Mengadakan kempen penjimatan elektrik di peringkat PTJ dengan menampal poster dan mengedarkan risalah-risalah berkaitan penjimatan elektrik hasil melalui penggunaan tenaga yang cekap.
No comments:
Post a Comment