Thursday, July 7, 2011

Komen-komen berani di Facebook

First skali aku sangat-sangat rasa sedih dengan komen di Facebook ini. Kerana apa? nak tahu? Ni la cerita hangat mereka ni:
(klik gambar di atas untuk kejelasan)

Aku tidak pasti apakah motif mereka nak sampaikan, masing-masing ingin menegakkan apa yang diyakini benar. Apapun, berhati-hatilah dengan penggunaan Facebook, jangan fitnah, jangan sesekali mengata orang..akibatnya jiwa tidak akan tenteram.

Percaya atau tidak hanya kerana perkataan BERSIH, umat Islam boleh bergaduh sesama sendiri sedangkan orang yang create atau pengasasnya adalah orang bukan Islam.

Sedarlah kita dan insaflah, tidak perlulah kita bergaduh sama sendiri kerana ia amat dilarang Rasulullah S.A.W... lagipun ia amat merugikan kita. Sama-samalah kita mengeratkan tali silaturrahim antara satu sama lain.

Jika ada perkara-perkara yang menjadi tanda tanya, kita boleh merujuk kepada ustaz-ustaz atau ulama' ataupun orang-orang yang lebih mendalami sesuatu perkara itu sekaligus kita boleh selesaikan masalah yang melanda. Betul tak?

Itu cerita-ceriti dalam negara kita, belum lagi masuk isu luar. Aku teringatkan nasib umat Islam kita di Palestin. Mereka amat sengsara di sana, Sama-samalah kita sedekahkan doa untuk keamanan dan segala bentuk bantuan dapat sampai kepada mereka.Please.... Bebaskan Palestin:



Jom kita semua berdamai dan Bersatu menuju kekuatan Ummah. Buang yang keroh amiklah yang jernih. Jangan gaduh-gaduh lagi.

*Fikir-fikirkan....

3 comments:

ANDAIANNYA said...

Yela la kan..pasal isu ni pun nak kecoh..kite org melayu macam diguna-gunakan oleh bangsa lain...

feyus said...

Miss Normala :btl tu normala.Apapun, kita perlu fikirkan masak-semasaknya lau nk bt sesuatu itu. Agar ianya tdk terslh jln. silap langkah bangsa kt blh berpecah belah.

kaizen said...

boleh bersatu kalau pemimpin tu adil...

latest entry Andai dia Jodohku & Bila Perempuan KENCING BERDIRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com