Friday, December 17, 2010

Satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan.

Al-Fatihah dan Takziah diucapkan kepada keluarga Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha telah meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang pada jam 1.10 pagi tadi.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Segamat pada 23 November 2010 kerana demam dan tidak sedap badan sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri.Allahyarham kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 24 November 2010 kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.
Allahyarham yang juga ketua Umno Labis meninggalkan isteri Datin Noraini Yaakop, enam anak perempuan dan seorang lelaki.

Di bawah adalah pengalaman Allahyarham dan perjuangannya dalam parti :
(klik gambar di atas untuk kejelasan)

Dengan kematian Adun tersebut maka satu lagi pilihan raya kecil yang ke-14 sejak 2008 akan diadakan dalam masa 60 hari ni. Maybe bulan Januari 2011 la kot.

"Yang pergi takkan kembali"
"Segala harta benda ditinggalkan, hanya amalan yang dibawa ke sana"

1 comment:

fairus said...

Alfatihah untuk beliau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com