SHAH ALAM - Seorang lelaki Iran dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, kerana mengedar syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), tahun lalu.
Hakim, Datuk Wira Mohtarudin Baki mendapati Rouhollah Ahmadzadeh Irandoust, 50, bersalah mengedar Methamphetamine seberat 1,001 gram di kaunter pemeriksaan Kastam ‘D’, Unit Khas Pemeriksaan Penumpang 1, Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Utama KLIA, Sepang, pada jam 3.50 pagi, 14 Jun 2009.
Walaupun Rouhollah yang diwakili peguam, Gooi Soon Seng menafikan membawa bagasi berisi dadah itu bukan miliknya, pihak pendakwaan Kastam Diraja Malaysia yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Rozanna Abd Hadi berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.
Menurut Mohtarudin, Rouhollah mendakwa bagasi itu dibawa oleh seorang rakannya, Mushtaba yang menghilangkan diri untuk merokok ketika mereka berdua menghampiri mesin pengimbas bagasi di KLIA.
Katanya, Rouhollah seharusnya tidak mengakui bagasi berisi dadah itu adalah miliknya walaupun terdapat tag namanya pada bagasi itu.
"Walaupun ada masalah bahasa, seharusnya Rouhollah menafikan bagasi itu miliknya dan Mushtaba juga seharusnya tidak dibenarkan keluar dari barisan untuk merokok serta meninggalkan bagasi dengan tertuduh," katanya.
Mohtarudin membuat keputusan bahawa keterangan saksi pendakwaan pula konsisten bahawa Rouhollah yang mengeluarkan anak kunci bagasi itu sementara pakaian di dalam bagasi juga sesuai dipakai lelaki itu.
“Ini menunjukkan tertuduh ada pengetahuan tentang dadah itu dan ada niat melakukan kesalahan.
"Atas penilaian maksimum, pembelaan didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah dan hanya satu hukuman di bawah undang-undang iaitu hukuman mati,” katanya.:
Tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sementara pembelaan mengemukakan dua saksi dalam kes ini.
(Aku tak tahulah bagaimana perasaan anak isteri dan cucu2 pak cik nih.) Bakal mati dengan dikenekan hukuman gantung sampai mati akibat pembawaan dadah)
Semoga Allah mengampuni segala dosa2nya.....
Sumber : sinar harian
No comments:
Post a Comment