Monday, November 8, 2010

Erti Haji

Haji adalah rukun yang ke lima dari rukun Islam. Pengertian dari sudut bahasa adalah Menuju kepada Allah Yang Maha Agung. Manakala dari sudut syarak pula ialah Menziarahi tempat-tempat tertentu pada masa tertentu dan melakukan pekerjaan yang tertentu.

Syarat-syarat wajib Haji adalah :
  1. Islam
  2. Berakal
  3. Berkemampuan
  4. Merdeka dan
  5. Baligh
Rukun Haji (Tidak sah haji jika tertinggal atau tidak melakukannya walaupun salah satu daripadanya, jika tertinggal maka perlu diganti pada tahun hadapan atau akan datang.)
  1. Niat Ihram Haji
  2. Wukuf Di Padang Arafah
  3. Tawaf DiBaitullah
  4. Saie
  5. bercukur
  6. Tertib
Syarat sah Mengerjakan haji pula ialah:
  1. Islam
  2. Berihram
  3. Masa (Miqat Ihram menepati masa)
  4. Tempat (Miqat Ihram mengikut Tempat)
  5. Mumaiyyiz
  6. Berakal
  7. Boleh melakukan pekerjaan dengan sendirinya Melainkan uzur
  8. Tidak bersetubuh
Perkara-perkara wajib Haji
  1. Niat Ihram di Miqat
  2. Bermalam di Mudzalifah
  3. Melontar Jamrah Al-Aqabah
  4. Bermalam di Mina
  5. Melontar ketiga-tiga Jamrah
  6. Meninggalkan perkara-perkara yang Haram semasa Ihram.
Hadis-hadis

Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan.
( Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan al-Baihaqi)

Dari Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW telah bersabda : Turutilah kerja haji dgn ibadah umrah, sesungguhnya kedua-duanya akan menghalang kamu daripada kepapaan dan dosa, sebagaimana hembusan api menghilangkan segala kekotoran besi, perak dan emas. Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga.
(Riwayat Turmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad
)


Teringinnya aku ke Sana (Mekah). Mari kita sama-sama mendoakan Semoga mendapat haji Mabrur kepada para jemaah yang sedang dan akan pergi menjalani ibadah Haji. Semoga Selamat disana.
Amin..

2 comments:

Emilia Emira said...

aa nk musim haji daa neh..
semoga satu hari nanti kita mendpat peluang untuk menjejakkan kai ke sana..amin~

feyus said...

Betul tu Emilia. Kita nak sangat Allah ampunkan dosa2 lalu. Menunaikan haji adalah satu peluang besar utk hapuskan dosa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com