Saturday, April 17, 2010

Anakku Hakim kini sudah berusia satu bulan 2 hari.

Pejam celik pejam celik.....Anak dah masuk sebulan rupanya. Alhamdulillah, sihat dia..tapi seminggu yang lalu anak selalu menangis2.Risau bukan kepalang sehingga semalam 16hb april 2010 (Hari Jumaat)waktu petang, kami menjemput seorang ustaz untuk membacakan dan membuat air bacaan dari Ayat2 Al-Quran. Alhamdulillah, selepas itu anak tidak menangis terlalu kuat hanya diwaktu dia nakkan susu dia menangis. Normal la tu kira kan? Apapun kerisauan sentiasa bermain di fikiran kami.

Alhamdulillah, kini anak makin sihat tubuh badannya. Harap selepas ini, Hakim terus membesar dan menjadi seorang insan yang bijak, berilmu dan beriman manjadi seorang anak yg soleh. Amin....

Ibu mertuaku(mak)dan bapa mertua (ayah) banyak membantu isteri dan anakku Hakim, mak selalu menjaga dan memandikan serta membasuh baju anakku Hakim diwaktu isteri masih berpantang. aku amat berbangga dapat mak mertua dan ayah mertua yg baik dan rajin bekerja. Mereka bangun awl pg dan memandikan Hakim, kemudian mereka berdua ke kebun getah untuk menoreh. Penat nampak mereka terubat bila melihat cucunya Hakim.

Hakim sangat wangi. :) Maklumla baby2 ni ada satu bau wangi semulajadi, ada orang mengatakan bau baby datangnya dari Syurga.

4 comments:

MasReena said...

apasal plak ur mertua yg basuhkan baju anak? u buat apa?

feyus said...

:):) Saya ada juga buatkan time sy blk kg.cuma sementara wife saya berpantang ni mertuala jaga dulu sebab saya selalu tinggal rumah, maklumla kerja jauh.Nanti dh habis wife berpantang anak dan isteri selalu di samping sayalah. begitula critenye.:)hehe

MasReena said...

em tu ar. time balik kg sebolehnya u buat semua yg berkaitan baby & isteri. sebab kesian kat mertua tu kan lagipon nanti dia cakap apa pulak kemudian hari. anyway it s better than ada org yg cuma tinggalkan je bini dia kat kg untuk dua bulan tu dah habis pantang baru amik.. sian kat org tua

feyus said...

Itulah masalahnya, tp sy bukan begitu. selalu selalulah jenguk anak bini. rindu betul kat keluarga nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com