Wednesday, March 10, 2010

Apa itu 5S?

1) Seiri
2) Seiton
3) Seiso
4) Seiketsu
5) Shitsuke

Anda sudah tentu pernah mendengar gelombang 5S ini. Bermula pada tahun 1986 yang telah diperkenalkan di Singapura dan telah diamalkan. Malaysia juga mengambil langkah praktikal ini sebagai asas meningkatkan produktiviti dan kualiti.
Sebelum ini juga ia telah menjadi semakin popular di Jepun.



Kesan 5S adalah :

Produktiviti - tinggi
Kualiti - yang berkekalan
Kos - menurun
Penghantaran- yang tepat
Selamat - di tempat kerja
Moral Pekerja - tinggi


1) SEIRI - SISIH
SEIRI - Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja
KESAN LAKSANA SISIH
Kuantitatif
Penjimatan ruang
Kawalan stok & produk yang cekap
Masa pencarian yang pantas
Kualitatif
Tempat kerja lebih selamat
Suasana kerja lebih selesa
Mudah mengesan tempat/ alat/bahan rosak lebih awal


2) SEITON - SUSUN
SEITON - Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya.
KESAN LAKSANA - SUSUN
Kuantitatif
Kawalan stok & produk yang cekap
Masa pencarian yang pantas
Proses kerja lebih pantas
Mengelak kesilapan & kesalahan
Kadar kehilangan peralatan rendah
Kualitatif
Suasana kerja lebih selesa
Mendidik pekerja disiplin positif
Menjana idea kreatif dikalangan pekerja
Moral tinggi pekerja
Selamat ditempat kerja
Mengamalkan FIFO


3) SEISO - SAPU
SEISO - Mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk,kotoran di lantai, mesin dan peralatan.
Bagaimana SAPU?
Mungkin tempat/peralatan/kawasan itu perlu disapu/dibersih/dijaga (Setiap jam, Setiap hari, Sekali seminggu, Sekali sebulan, Tiga bulan sekali, Enam bulan sekali, Setahun sekali).
KESAN LAKSANA - SAPU
Kuantitatif
Kos kerosakan peralatan rendah
Kualiti produk bertambah
Masa membersih lebih pantas
Kualitatif
Suasana kerja lebih selesa dan ceria
Pekerja terus menjana idea kreatif
Moral pekerja tinggi
Selamat di tempat kerja


4) SEIKETSU - SERAGAM
SEIKETSU- Seragam & memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mengamalkan sistem Seiri-Seiton-Seiso dengan berkesan.
Bagaimana SERAGAM ?
Memerlukan panduan untuk dipatuhi oleh pekerja bagi menjamin kualiti dan standard yang telah ditentukan. Antaranya, “Standard Operation Procedure”(SOP), “Work Instruction” (WI), “Guidebook”, Cartalir – “Process flow”, Gambar atau contoh fizikal (dilihat), Sistem Visual yang jelas dan terang dan lain-lain.
KESAN LAKSANA - SERAGAM
Kuantitatif
Kos selenggaraan rendah
Kos overhead rendah
Kecekapan proses meningkat
Kuantiti pengeluaran meningkat
Rungutan pelanggan rendah
Produktiviti pekerja meningkat
Kualitatif
Mendidik pekerja disiplin positif
Pekerja terus menjana idea kreatif
Kemahiran pekerja meningkat
Pekerja setia kepada organisasi
Imej organisasi meningkat


5) SHITSUKE - SENTIASA AMAL
SHITSUKE - Berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan berbudaya kualiti di tempat kerja.
Bagaimana SENTIASA AMAL ?
Mematuhi panduan dan standard yang telah ditentukan supaya budaya kerja cemerlang itu dapat dibangunkan.
KESAN LAKSANA - SENTIASA AMAL
Kuantitatif
Kos pengeluaran rendah
Produktiviti pekerja meningkat
Kualiti produk / perkhidmatan meningkat
Memperolehi Sijil 5S
Kemalangan sifar ditempat kerja
Kualitatif
Pekerja lebih kreatif dan inovatif
Kemahiran pekerja meningkat
Pekerja setia kepada organisasi
Budaya kerja berpasukan yang tinggi

Jom Kita Amalkan.:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com