Home

Wednesday, April 16, 2014

Jawab dari Pengerusi Masjid dan Jiran Lain Tentang Isu Laporan Polis Azan Kuat.

Satu Negara kini sedang tertumpu pada Masjid Perjiranan 9, Pasir Gudang. Sebelum ini kita pernah mendengar rindihan dan aduan dari si pelapor Mohd Said atau dikenali dengan Pak Said tentang ganguan azan yang terlalu kuat.

Sebelum ini kami pernah memaparkan satu artikel : http://kesinambunganzaman.blogspot.com/2014/04/akibat-laporan-polis-tentang-azan-subuh.html

Sekarang apa pula kata pengerusi Masjid sendiri iaitu Ustaz Mohd Arif Ayub. Rata- rata yang ditemuramah penduduk setempat hanya Pak Said sahaja yang merasakan terganggu dengan Azan tersebut.


Kata Pengerusi Masjid (Ustaz Mohd Arif):

“Semua ahli jawatankuasa masjid dan penduduk telah berbincang dan mengatakan ia tidak terlalu kuat. Hanya seorang sahaja yang berkata ia mengggangu. Kenapa benda ni berlaku dan dibawa ke laporan polis? Sepatutnya ia dibawa dulu ke pengerusi masjid, penghulu ataupun jabatan agama. Itu yang terbaik sekali kerana jabatan agama akan menasihati kita. Kami pernah mendapat komen dari penduduk dan jabatan agama beritahu kami dan kami terus ambil tindakan,”

Dan ini kata penduduk selang 4 buah rumah dari rumah Pak Said (Noraisyah):

 "Kami tak tertekan sebab dia bukan 24 jam berbunyi, hanya pada waktu azan, kuliah serta fardhu ain sahaja,” kata Noraishah.

Walaubagaimanapun, aduan tersebut diambil kira juga dan dipertimbangkan. Dan ini pula jawapan dari pihak Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang (A.Rahim Latif):

“Kita telah berjumpa dengan pihak pengadu dan pihak masjid. Pihak masjid telah mempertimbangkan aduan pihak pengadu. Pada peringkat awal memang kita sedar kedudukan tiang speaker ini dekat dengan rumah beliau iaitu dengan ketinggian 30 kaki. Kita akan usaha untuk dapatkan dana untuk meninggikan menara dari kedudukan asal,” kata beliau.

kredit: matabulat.my

No comments:

Post a Comment