Home

Friday, January 13, 2012

Hanya 25 minit daripada 24 jam


Tertanya-tanya juga ni apa yang tersirat disebalik tajuk aku ni? Korang rasa-rasa apa ek? Yep, sempena hari jumaat yang mulia ini marilah kita renung2kan.

Itulah solat 5 waktu sehari semalam yang wajib kita kerjakan. Memang kita terlalu sibuk dengan hal-hal dunia sehingga ada yang tidak sempat untuk dapatkan 25 minit dari satu hari. Ada juga yang hanya sampai 5 minit, ada yang 10 minit, 15 minit dan 20 minit sahaja untuk lakukannya.

Yap, waktu solat bukannya lama, tidak bolehkah kita korbankan 25 minit untuk solat?

Ini adalah perkiraan waktu solat :

1) Zohor - 5 minit
2)Asar - 5 minit
3) Maghrib - 5 minit
4) Isyak - 5 Minit
5) Subuh - 5 minit

Campur = 25 minit,
satu hari ada 1440 minit (24 jam)

*Ini hanya perkara solat lima waktu, belum difikirkan amal ibadat yang lain. Lau tak boleh lakukan jugak yang 5 waktu ni. Memang teruk, amat teruk. Aku juga nasihatkan untuk diri aku sendiri. huhuhuhuhu.

Klik DI SINI untuk ketahui waktu-waktu solat di seluruh Malaysia.

Fikir-fikirkan...

3 comments:

  1. yg 25 minit nipon ramai yang tak mampu jaga.hmmm...

    ReplyDelete
  2. Entri yg bagus..pujuk kwn2 yg malas nak solat tu.haha

    Slmt perkenalan.Cik Ila jmpe kt innit td..

    ReplyDelete