Sediakan air suam dan masukkan sedikit air cuka. Kemudian sebatikan dia lalu berkumurlah dengan air tersebut beberapa kali. InsyaAllah, sakit gigi anda berkurang. Ada sesetengah orang mengambil mudah dengan menelan ubat panadol sahaja. Tapi takkan kita nak mengamalkan selalu makan panadol kan? boleh cuba cara berkumur dengan air cuka nih. Aku pernah cuba dulu, memang sakitnya berkurangan. Tapi last2 sekali aku cabut jugak gigi tu sebab dah berlubang teruk. hehehe. kantoi:)
Satu lagi petua untuk hilangkan karat di gigi. Samada disebabkan merokok atau sebab lain karatnya sama sahaja. Ambil biji asam jawa kemudian gorengkan tanpa minyak lalu ditumbuk sampai halus. Kemudian ambil debunya dan gosokkan pada gigi samaada dengan menggunakan kain ataupun berus gigi.
mmmm, senang dan mudah kan? :)
Selamat mencuba.:)
Sumber :Petua dari ayah
hahah..kantoi gigi berlubang..hehe
ReplyDeleteReview Filem Piranha : Bersilat Dalam Wayang
kantoi tak kantoi tp itu dulu. sekarang tak lg. hehehe.:)
ReplyDeletekalau gusi yang sakit bagaimana pula feyus?
ReplyDeleteKalau gusi,minum madu atau tahan aje ler.. seminggu InsyaAllah baik. :)
ReplyDelete