Wednesday, January 8, 2014

Jawapan Tuduhan Jasad Bayi Yang Masih Elok Walau Puluhan Tahun Dikebumikan

Pelbagai jawapan dan tuduhan apabila melihat gambar sebegini. Orang ramai akan cuba juga mencari kelemahan pada gambar ini, cuba perhatikan gambar asal ini dan cuba lihat apa yang pelik pada gambar dibawah ini, Gambar ini diambil oleh salah seorang wartawan sambilan Akhbar Harian Metro secara spontan di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, Alor Gajah. :


Jika dicari, ia telah menjadi 2 isu besar pada gambar tersebut iaitu :



1) Si Penggali Kubur Abdul Ghani Ibrahim 70 Tahun telah melambung jenazah bayi tersebut kerana jika dilihat Jenazah tersebut tidak melekat ditangan Beliau.

2) Terlihat kaki asing di celah antara dua kaki Si Penggali Kubur tersebut. Sekaligus ada segelintir pihak mengatakan yang gambar ini telah di edit dan diolah.

Apapun semuanya sudah terjawab oleh berita harian metro dan pengali kubur yang membawa jenazah bayi tersebut semalam.

1) Hasil temurah si Pengali Kubur, Beliau mengatakan :

“Tidak mungkin saya sanggup melambungkan jenazah bayi berkenaan dan perkara itu sepatutnya tidak dijadikan bahan pertikaian," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, hari ini.

"Selepas digali, jasad bayi itu saya kafan dan tatang dengan berhati-hati kerana ia terasa berat dan tidak berganjak sedikit pun dari kedua-dua belah tangan saya sehingga selamat dikebumikan,” katanya. 

2) Mungkin Kedua gambar sudah menjawab soalan kedua tadi:


Rupanya kaki yang tidak tahu siapa punya itu adalah kaki seorang budak remaja berbaju t shirt hitam kuning berbelang.

Jasad bayi ini selamat dikebumikan semula dikawasan perkuburan yang diwartakan. Alhamdulillah


Apa yang terjadi ini adalah kehendak dari Allah S.W.T untuk kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan semoga Arwah bayi tersebut ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan ditempatkan di Syurga yang penuh dengan taman-taman mewangi.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk jenazah bayi ini.

sumber : Harian Metro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com